Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Forum Ekonomi Dunia bincang cara bantu masa depan pekerja belia

Anggaran Waktu Membaca:
Forum Ekonomi Dunia bincang cara bantu masa depan pekerja belia

(Gambar: Chang Duong/Unsplash)

DAVOS: Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023 di Davos, Switzerland di bawah tema Kerjasama Dalam Iklim Ekonomi Dunia Yang Tidak Menentu menghimpunkan seramai 2,700 pemimpin, termasuk ketua organisasi tertinggi dari seluruh dunia berbincang bagaimana membantu membentuk masa depan kerja dan pemilik perniagaan bertemu dengan golongan muda, lapor Astro Awani.

Berikut merupakan himpunan maklum balas yang diterima;

1) Pekerja belia perlu menjadi keutamaan di seluruh dunia.

Kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 memberi kesan yang tidak seimbang kepada golongan muda. Menurut laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), pekerja di bawah umur 30 tahun mengalami peratusan pengangguran yang jauh lebih tinggi dalam tempoh ini berbanding kumpulan umur yang lebih tua. Belia dilaporkan diketepikan daripada tenaga buruh atau gagal mendapatkan kerja sama sekali dengan jangkaan kerja yang berubah.

Masyarakat sukarelawan Global Shapers menyeru dunia menyediakan lebih banyak peluang ekonomi yang bermakna untuk belia. Menurut perspektif golongan muda dari lebih 45 negara, ia merangkumi gaji lebih baik, lebih telus, layanan saksama, keseimbangan kerja-kehidupan dan peluang pertumbuhan yang lebih besar.

2) Golongan muda inginkan pekerjaan yang mengutamakan kesejahteraan.

Pekerja belia mahukan pekerjaan yang mengutamakan kesejahteraan diri lebih baik daripada generasi sebelumnya yang mana mereka sanggup berhenti jika tidak mendapatkannya.

Menerusi sesi "Berhenti Secara Senyap dan Maksud Di Sebalik Sebuah Pekerjaan", golongan muda menolak pekerjaan yang tidak memberi ganjaran dan mempunyai budaya tempat kerja yang toksik, beban kerja yang tidak realistik dan mentaliti "sentiasa aktif, sentiasa tersedia".

Menurut laporan 'A Gen-Z The New Movement', hashtag '#quietquitting' dan '#greatresignation' mempunyai lebih 500 juta gabungan tontonan di TikTok, menggambarkan betapa pentingnya topik itu kepada golongan muda menurut laporan Astro Awani.

3) Anak muda mahukan ketelusan daripada majikan mereka.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Publicis Group Arthur Sadoun menekankan orang muda hari ini melihat kerja secara berbeza. Dalam dunia pascapandemik, ketelusan adalah segala-galanya. Pekerja mahukan maklumat yang bersifat demokrasi, amalan pengambilan pekerja terbuka dan layanan yang saksama.

Global Shapers menekankan bahawa golongan muda ingin bekerja untuk syarikat diiktiraf global. Pekerja muda tidak mempunyai minat dalam pekerjaan yang merosakkan planet atau menggalakkan ketidakadilan.

Mereka berpegang kepada misi kerja mereka dan bersedia untuk berhenti secara senyap jika majikan mereka tidak memenuhi komitmen mereka tentang kemampanan, kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman.

4) Peluang pembelajaran akan membuatkan pekerja muda kekal.

Dalam dunia yang pesat, Global Shapers turut berkongsi golongan muda mencari majikan yang menyediakan peluang pembelajaran dan pembangunan serta latihan kepada pekerja.

Golongan muda ingin menyelesaikan masalah paling sukar di dunia dan ingin menggunakan masa bekerja mereka untuk membangunkan penyelesaian, belajar daripada pemikir terkemuka, menganalisis pilihan dan memberi inspirasi kepada tindakan dalam syarikat tempat mereka bekerja.

Eksekutif mesti memanfaatkan tujuan pekerja muda, keperluan untuk belajar dan keinginan untuk membuat perubahan. Global Shapers turut berkongsi bahawa golongan muda mencari majikan yang menyediakan peluang pembelajaran dan pembangunan serta latihan kepada pekerja.

5. Kerjasama antara generasi bermula dengan mendengar.

Forum Ekonomi Dunia 2023 komited untuk memastikan golongan muda mendapat tempat duduk di meja dalam membuat keputusan. Itulah sebabnya 50 Pembentuk Global dijemput ke Davos untuk meningkatkan kesedaran tentang isu global dan tempatan yang kritikal dan menyokong tindakan segera.

Menurut Global Shapers, perniagaan yang berjaya mesti berhubung dengan pekerja muda dan mendengar kehendak dan keperluan mereka. Majikan atau pemilik perniagaan perlu mendengar secara aktif, mengenal pasti keperluan yang tidak dipenuhi dan menawarkan cara yang nyata untuk mengisi jurang sedia ada, akan diberi ganjaran oleh kesetiaan, semangat dan komitmen pekerja muda.
Sumber : Agensi berita/AE/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan