‘Fokus saya pada keadaan ekonomi mereka’: Calon PRU15 M'sia cuba pikat pengundi muda dengan janji pekerjaan
Calon-calon bekerja keras pada hujung minggu lalu dalam usaha mereka untuk mendekati seramai mungkin pengundi sebelum hari mengundi Sabtu ini.
Bendera-bendera parti politik Pejuang, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dipasang berderet di sebatang jalan raya di Pulau Pinang. (Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)
Calon-calon bekerja keras pada hujung minggu lalu dalam usaha mereka untuk mendekati seramai mungkin pengundi sebelum hari mengundi Sabtu ini.
Untuk memikat pengundi muda, calon-calon secara aktif menjanjikan peluang pekerjaan dan keadaan ekonomi yang lebih baik sebagai keutamaan mereka jika mereka dipilih.
Menurut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 10.6 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun di seluruh negara akan turun mengundi PRU15 ini.
Sejumlah 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18-20 tahun manakala 4,614,429 pengundi berusia antara 21-29 tahun.
Dengan ekonomi yang masih pulih selepas dua tahun mengalami gangguan teruk akibat pandemik COVID-19, golongan belia merupakan antara kumpulan yang paling teruk terjejas dengan peluang pekerjaan yang lebih sedikit selepas meninggalkan sekolah, gaji yang tertekan dan kos sara hidup yang tinggi.
Undi belia, terutamanya pengundi kali pertama berumur antara 18 dan 21 tahun, akan memainkan peranan penting dalam PRU15 memandangkan kumpulan itu membentuk jumlah yang besar dalam kalangan 21 juta pengundi di negara itu.
Minggu lalu, pakar yang ditemuramah oleh Mediacorp berkata peluang ekonomi adalah antara kebimbangan utama dalam kalangan pengundi muda.
Menurut Encik Jason Wee, pengasas bersama badan bukan meraih untung Architects of Diversity, pelbagai tinjauan telah meletakkan kebimbangan ekonomi sebagai keprihatin paling utama pengundi muda, khususnya, kos sara hidup semakin meningkat dan pemilikan rumah di tengah-tengah kebimbangan terhadap pasaran pekerjaan yang lemah.
Dengan ramai yang memandang pengundi musa Malaysia sebagai "undi penentu" PRU15, parti-parti politik sedar isu-isu sara hidup yang yang utama bagi golongan muda dan "bersikap berhati-hati" dalam memikat mereka, termasuk menjanjikan komputer riba percuma dan pendidikan bersubsidi, tambah Encik James Chai, zamil pelawat dari Program Pengajian Malaysia di Institut ISEAS-Yusof Ishak.
“Undi belia sangat penting. Akhirnya nanti, ia adalah… mengenai wang ringgit. Fokus saya adalah terhadap keadaan ekonomi mereka,” kata P. Naganathan dari Parti Warisan (Warisan) yang bertanding di kerusi parlimen Batu di Kuala Lumpur.
"Kebimbangan pertama setiap belia adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang relevan dengan kelayakan mereka dan yang memberikan mereka taraf hidup minimum," kata Encik Naganathan kepada Mediacorp.
Beliau menambah bahawa golongan belia bimbang sama ada mereka mampu berdikari namun ekonomi belum pulih sepenuhnya untuk memberi mereka peluang pekerjaan dengan gaji lebih baik.
Calon berusia 43 tahun itu berkata bagi kes Pekan, Pahang, sudah ada kilang kenderaan, tetapi masih banyak lagi yang boleh dilakukan dengan membina kilang memproses getah, kelapa sawit dan padi.
“Jika ada lebih banyak kilang, maka akan ada banyak pekerjaan yang diwujudkan. Orang tua tidak bekerja di kilang; kebanyakannya orang muda.
“Kita boleh bina kilang, penginapan dan surau supaya boleh jadi satu masyarakat,” katanya.
Dalam catatan Facebook, timbalan pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen PN, Dr Alias Razak menegaskan bahawa gabungan itu menawarkan lebih 20 insentif dan program berkaitan belia jika dipilih pada PRU15.
“Kami komited untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam sektor ekonomi digital untuk golongan muda,” katanya.
Beliau berkata oleh kerana ramai belia Ayer Hitam berada di seluruh negara, malah ada di luar Malaysia, media sosial memudahkannya untuk berkomunikasi bersama mereka.
“Kebanyakan anak muda di Ayer Hitam sebenarnya bukan di Ayer Hitam. Mereka berada di Singapura, Kuala Lumpur, Johor Baru, atau Pulau Pinang,” kata Sheikh Umar.
“Cabarannya ialah bagaimana kita boleh berkomunikasi dengan mereka. Jadi kami melakukannya melalui media sosial dan kenyataan,” katanya kepada Mediacorp.
Bagi calon Barisan Nasional (BN) Muar Mohd Helmy Abdul Latiff, beliau masih lebih memilih kaedah berkempen tradisional dengan melakukan lawatan menemui penduduk termasuk golongan belia.
Walaupun golongan muda di Johor jarang menghadiri acara kempen beliau, pendekatan yang lebih baik ialah dengan beliau bertemu mereka secara bersemuka.
“Saya telah melakukan 'walkabout' untuk mendekati golongan belia Muar sejak empat tahun lalu. Ketika saya melakukan lawatan menemui penduduk hari ini, salah seorang belia datang kepada saya dan berkata dia masih ingat saya sejak kali terakhir kami bertemu pada 2018,” kata ahli politik berusia 41 tahun itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.