Flydubai sambung semula penerbangan ke Israel mulai 3 Dis
Flydubai akan menyambung semula penerbangan langsung ke Tel Aviv pada minggu depan, kata jurucakap syarikat itu kepada AFP pada Khamis (26 Nov).
Sebuah pesawat yang membawa para penumpang penerbangan flydubai dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) ke Israel tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Lod, dekat Tel Aviv, Israel, pada 30 September 2026. (Gambar fail: Reuters/Ammar Awad)
- Flydubai will resume direct flights between Dubai and Tel Aviv on Dec 3, 2026, after receiving approval from the authorities; the announcement was made on Nov 26.
- The service was suspended several weeks after a plane en route to Israel made an emergency landing in Saudi Arabia in September.
- UAE prosecutors said an Omani co-pilot attacked the pilot in a planned attempt to crash the plane at Ben Gurion Airport.
- The plane was carrying 174 people, including 166 Israelis; several passengers restrained the co-pilot as the plane plunged about 5,000 metres, amid close diplomatic relations between Israel and the UAE since 2020.
- Flydubai akan menyambung penerbangan terus antara Dubai dan Tel Aviv pada 3 Disember 2026, selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa; pengumuman itu dibuat pada 26 November.
- Khidmat tersebut digantung beberapa minggu selepas pesawat dalam perjalanan ke Israel membuat pendaratan cemas di Arab Saudi pada September.
- Pendakwa raya UAE menyatakan pembantu juruterbang warga Oman menyerang juruterbang dalam cubaan terancang untuk menghempaskan pesawat di Lapangan Terbang Ben Gurion.
- Pesawat membawa 174 orang, termasuk 166 warga Israel; beberapa penumpang menahan pembantu juruterbang ketika pesawat menjunam sekitar 5,000 meter, dalam konteks hubungan diplomatik rapat Israel-UAE sejak 2020.
DUBAI: Flydubai akan menyambung semula penerbangan langsung ke Tel Aviv pada minggu depan, kata jurucakap syarikat itu kepada AFP pada Khamis (26 Nov).
Perkembangan tersebut dilaporkan beberapa minggu selepas khidmat penerbangan ke dan dari Israel itu digantung menyusuli percubaan seorang pembantu juruterbang untuk menghempaskan salah sebuah pesawatnya.
"Menyusuli kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan, flydubai akan menyambung semula penerbangan langsung antara Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion (TLV) di Tel Aviv mulai 3 Disember 2026," kata jurucakap tersebut.
Penerbangan syarikat tersebut ke Israel digantung selepas salah sebuah pesawatnya yang berada dalam perjalanan dari Dubai ke Tel Aviv terpaksa melakukan pendaratan cemas di Arab Saudi pada September.
Menurut pendakwa raya Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal Oktober, pembantu juruterbang warga Oman itu menyerang juruterbang dalam usaha menghempaskan pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel.
Pihak pendakwa menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu serangan nekad yang dirancang.
Pesawat tersebut membawa 174 orang, termasuk 166 warga Israel, menurut media Israel. Beberapa penumpang, termasuk seorang tukang paip, berjaya menahan pembantu juruterbang berkenaan.
Para penumpang turut menceritakan detik-detik cemas dan pergelutan yang berlaku bagi menguasai semula pesawat itu selepas ia tiba-tiba menjunam sekitar 5,000 meter.
Israel dan UAE menjalin hubungan erat sejak memulihkan hubungan diplomatik menerusi Perjanjian Abraham yang diusahakan Amerika Syarikat pada 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.