Flotila baharu bawa bantuan kemanusiaan belayar ke Gaza 12 April ini
Anggaran Waktu Membaca:
Global Sumud Flotilla, yang membawa aktivis termasuk Greta Thunberg, semakin menghampiri Gaza. (Gambar: Eleftherios ELIS / AFP)
ISTANBUL: Flotila Kebebasan dan Ketahanan baharu yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin akan belayar ke Carikan Gaza pada 12 April.
Demikian menurut penganjur, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Flotila Kebebasan dan Ketahanan dijangka belayar dari Barcelona pada 12 April," kata penganjur misi itu.
Pada Oktober, tentera laut Israel memintas kapal yang membawa bantuan ke carikan itu dan menahan aktivis untuk dihantar pulang.
Kementerian Luar Turki menyifatkan tindakan Israel sebagai "tindakan lanun", sambil menegaskan bahawa serangan ke atas aktivis aman adalah pelanggaran berat undang-undang antarabangsa.
Flotila baharu itu akan merangkumi kira-kira 100 kapal dan bot dengan aktivis daripada sekitar 150 negara, menurut anggaran penganjur.
Flotila berkenaan dijadualkan berhenti di Itali, Tunisia dan beberapa pelabuhan Mediterranean.
Pada Rabu, Dilek Tekocak, jurucakap aktivis Turki, memberitahu sidang akhbar di Istanbul bahawa keadaan kemanusiaan di Gaza masih teruk walaupun gencatan senjata dilaksanakan, iaitu 477 rakyat Palestin terbunuh.
“Ini bukan sekadar kempen bantuan kemanusiaan yang timbul selepas mekanisme antarabangsa sedia ada terbukti tidak berjaya. Ia juga penentangan sivil secara aman terhadap sekatan haram pada skala global," kata Encik Tekocak.
Kementerian Kesihatan Gaza menganggarkan lebih 72,000 orang terbunuh di kawasan itu sejak Oktober 2023, dengan lebih 171,000 yang lain cedera.

Sumber : Bernama/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.