Finland sertai NATO dalam beberapa hari mendatang, kata Setiausaha Agung
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Adem Altan/AFP/Getty Images)
FINLAND: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg berkata Finland akan menyertai perikatan pertahanan itu secara rasmi dalam tempoh beberapa hari mendatang.
Menurut Encik Stoltenberg pada Jumaat (31 Mac), kesemua 30 anggota NATO sudah mengesahkan protokol berkaitan dan beliau mengalu-alukan keanggotaan Finland ke dalam perikatan itu.
Menurut Encik Stoltenberg pada Jumaat (31 Mac), kesemua 30 anggota NATO sudah mengesahkan protokol berkaitan dan beliau mengalu-alukan keanggotaan Finland ke dalam perikatan itu.
BACA:
Encik Stoltenberg berkata dengan penyertaan Finland itu, NATO kini semakin kukuh dan selamat. Ini kerana Finland mempunyai pasukan tentera yang kukuh, keupayaan pertahanan canggih dan institusi demokrasi yang teguh.
Langkah tersebut sekali gus mengakhiri keberkecualian Finland terhadap NATO buat berdekad-dekad lamanya, yang didorong oleh kebimbangan berhubung pencerobohan Rusia di Ukraine. Finland berkongsi sempadan dengan Rusia.
Penyertaan Finland dalam perikatan NATO berlaku sedang Rusia menyatakan pada Jumaat (31 Mac) bahawa genjatan senjata di Ukraine tidak akan membolehkan ia mencapai matlamat "operasi ketenteraan khasnya" pada ketika ini.

Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.