Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Finland janji bantuan 400 juta euro kepada Ukraine, mungkin sumbang kereta kebal Leapord

Anggaran Waktu Membaca:
Finland janji bantuan 400 juta euro kepada Ukraine, mungkin sumbang kereta kebal Leapord

(Gambar: AFP/Kenzo Trebouillard)

Diterbitkan : 20 Jan 2023 07:26PM Dikemas Kini : 20 Jan 2023 07:30PM
HELSINKI: Finland mengumumkan pada Jumaat (20 Jan) bantuan baru berjumlah lebih 400 juta euro (S$573 juta) dalam bentuk peralatan pertahanan kepada Ukraine, tidak termasuk kereta kebal Leopard 2, jika dipersetujui negara sekutu yang lain.

Sumbangan baru itu akan menambah jumlah bantuan pertahanan yang diberikan negara itu kepada Ukraine sebanyak tiga kali ganda, iaitu 590 juta euro (S$845 juta), menurut Menteri Pertahanan Finland dalam satu kenyataan.

Penasihat khas kepada Menteri Pertahanan Finland, Miika Pynnonen, berkata keputusan untuk menyumbang kereta kebal Leopard 2, akan dilakukan secara berasingan.

Finland kini memiliki 200 kereta kebal tersebut.

Sumbangan pakej bantuan terbaru itu dilakukan dengan bantuan negara jiran, Sweden, yang bersetuju untuk membantu Finland menggantikan alat-alat pertahanan yang disumbangkannya itu dengan segera jika berlaku krisis.

Kedua-dua negara Nordik itu sudah memohon untuk menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Menteri Pertahanan Finland dan Sweden dijadual menandatangani Kenyataan Hasrat (SoI) untuk menyokong Ukraine di Ramstein pada lewat Jumaat (20 Jan), kata kementerian Finland.

Di bawah perjanjian itu, "Finland akan membekalkan alat pertahanan kepada Ukraine, dan Sweden melahirkan kesediaannya untuk membantu Finland apabila perlu," tambahnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan