Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Finland jadi anggota NATO ke-31 sedang Rusia beri amaran akan 'bertindak balas'

Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Finland menjadi anggota ke-31 NATO pada Selasa (4 Apr).

Ini merupakan peralihan bersejarah yang mencetuskan amaran "tindak balas" daripada Kremlin.

Pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine tahun lalu menjejas landskap keselamatan Eropah dan menyebabkan Finland dan negara jirannya, Sweden, mengakhiri ketidakselarasan tentera sepanjang beberapa dekad.

Menteri Pertahanan Finland Antti Kaikkonen menyifatkannya sebagai "situasi menguntungkan kedua-dua pihak" menjelang formaliti terakhir yang dirancang sebelum bendera biru dan putih Finland boleh dinaikkan di hadapan ibu pejabat NATO.

Tetapi Mosko menyifatkan langkah tersebut sebagai "serangan" ke atas keselamatan Rusia dan kepentingan negaranya.

"Dan ini memaksa kami untuk bertindak balas...dari segi taktikal dan strategi," tegas jurucakap Kremlin Dmitry Peskov.

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang maklumat lanjut.

Penyertaan Finland ke dalam NATO meletakannya di bawah Perkara 5, iaitu ikrar pertahanan bersama, bahawa sebarang serangan ke atas mana-mana anggotanya adalah serangan ke atas kesemua anggota.

PENYERTAAN SWEDEN TIDAK LAMA LAGI?

Bagaimanapun, penyertaan Finland kekal sebagai detik pahit manis bagi perikatan itu, yang mengharapkan Sweden untuk menyertainya serentak.

Budapest dan Ankara merupakan negara yang menahan penyertaan Sweden setelah meluluskan keahlian Finland.

Sweden mencetuskan kemarahan pemimpin Hungary Viktor Orban, yang merupakan salah satu sekutu paling rapat Encik Putin di Eropah, dengan menyuarakan kebimbangan atas undang-undang di Hungary.

Ia juga menyebabkan kemarahan Turki apabila ia menolak permintaan untuk menghantar balik puluhan suspek yang dikaitkan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan kepada percubaan rampasan kuasa pada 2016 dan perjuangan kemerdekaan Kurdi yang sudah berlangsung selama beberapa dekad.

Para diplomat NATO berharap Encik Erdogan akan berlapang dada jika beliau berjaya dalam pilihan raya bulan depan dan Sweden dapat menyertainya sebelum Sidang Puncak NATO di Vilnius pada Julai.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan