Filipina uji campur dos vaksin COVID-19 mulai awal November
Filipina akan mula menguji campuran vaksin koronavirus minggu ini atau awal November, kata seorang pegawai kabinet hari ini (25 Okt). Ini sedang negara Asia Tenggara itu mencari keberkesanan yang lebih tinggi bagi program vaksinasinya untuk membolehkan pembukaan semula ekonomi lebih lanjut.
MANILA: Filipina akan mula menguji campuran vaksin koronavirus minggu ini atau awal November, kata seorang pegawai kabinet hari ini (25 Okt).
Ini sedang negara Asia Tenggara itu mencari keberkesanan yang lebih tinggi bagi program vaksinasinya untuk membolehkan pembukaan semula ekonomi lebih lanjut.
Pemerintah sedang merekrut hingga 1,500 individu yang belum divaksin bagi ujian-ujian yang akan melibatkan campuran suntikan Sinovac China dengan jenama lain, menurut Setiausaha Sains dan Teknologi Rowena Guevara kepada stesen radio DZMM.
"Kita perlu tahu apa campuran vaksin terbaik untuk orang Filipina," kata Cik Guevara, sambil menambah bahawa negara-negara lain melaporkan keberkesanan yang lebih tinggi setelah mencampurkan dos.
Dengan hampir 2.8 juta kes COVID-19 dan hampir 42,000 kematian, Filipina mencatat jangkitan dan kematian kedua tertinggi di Asia Tenggara.
Filipina sudah selesai menyuntik 25.7 juta orang, atau satu pertiga daripada penduduknya yang layak menerima vaksin, setakat 24 Oktober, menurut perangkaan pemerintah. Daripada 97.7 juta suntikan yang dijalankan di negara itu, hampir separuh adalah dari Sinovac.
Sekatan yang berlarutan dan ketat tahun lalu menyebabkan kehilangan berjuta-juta pekerjaan dan melumpuhkan ekonomi Filipina yang dipacu oleh penggunaan, yang merupakan antara yang paling pesat berkembang di Asia sebelum pandemik melanda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.