Filipina tetapkan sekatan harga beras bagi tangani keprihatinan terhadap inflasi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Earvin Perias / AFP)
MANILA: Filipina melaksanakan sekatan harga beras bagi melindungi para pengguna tempatan.
Kenaikan harga makanan asas Filipina itu dipercayai menjadi punca kadar inflasi negara itu pada bulan Ogos naik buat pertama kalinya dalam masa tujuh bulan.
Para penjual beras dituduh mengambil kesempatan daripada beberapa perkembangan dunia, untuk menaikkan harganya.
Presiden Ferdinand Marcos Jr meluluskan bahawa harga beras yang diproses tidak boleh melebihi 41 pesos ($S0.98) bagi satu kilogram, berbanding harga 42 pesos hingga 55 pesos (S$0.98 hingga S$1.31) yang dicatat pada Rabu (30 Ogos).
Harga beras yang diproses lebih baik pula dihadkan kepada 45 pesos (S$1.07) bagi satu kilogram.
Pejabat Presiden Marcos mengatakan had harga itu terus berkuatkuasa sehinggalah beliau memansuhkannya.
Gerakan ini turut disokong sekumpulan petani.
"Tiada sebab untuk kenaikan kos beberapa minggu ini kerana tiada kekurangan beras di negara ini," menurut SINAG dalam kenyataannya.
Inflasi beras di Filipina mencecah sekitar empat peratus pada bulan Julai, iaitu yang tertinggi sejak 2019.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.