Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Filipina tarik balik sekatan keluar negara bagi petugas kesihatan

Filipina pada Isnin (21 Sep) menarik balik larangan yang tidak membenarkan jururawat dan pekerja kesihatan pergi dan bekerja di luar negara, kata jurucakap pejabat presiden.

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina tarik balik sekatan keluar negara bagi petugas kesihatan

Gambar fail ujian swab yang dijalankan di Filipina bagi jangkitan COVID-19. (Gambar: REUTERS/Eloisa Lopez/File photo)

Diterbitkan : 22 Sep 2020 08:59AM Dikemas Kini : 22 Sep 2020 09:01AM

MANILA: Filipina pada Isnin (21 Sep) menarik balik larangan yang tidak membenarkan jururawat dan pekerja kesihatan pergi dan bekerja di luar negara, kata jurucakap pejabat presiden.

Jurucakap presiden Harry Roque berkata Presiden Rodrigo Duterte membenarkan jururawat dan pekerja kesihatan lain yang mempunyai "dokumen lengkap setakat 31 Ogos" untuk pergi dan bekerja di luar negara, Agensi Anadolu memetik laporan Agensi Berita Filipina.

Pada awal April, negara Asia Tenggara itu melarang karyawan perubatan pergi ke luar negara sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan sistem penjagaan kesihatannya terhadap COVID-19.

Keputusan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada 1,500 anggota kesihatan. Berjuta-juta warga Filipina tinggal dan bekerja di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.

Filipina setakat ini melaporkan 286,743 kes COVID-19, yang tertinggi di Asia Tenggara, menurut Universiti Johns Hopkins University. Seramai 230,233 pesakit telah pulih manakala 4,984 meninggal dunia.

Jurucakap itu, bagaimanapun, menyatakan pandemik itu "terkawal."

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan