Skip to main content

Dunia

Filipina suarakan kebimbangan serangan udara Myanmar ragut 50 nyawa

Filipina pada Sabtu (3 Okt) menyuarakan kebimbangan berhubung serangan udara di wilayah Rakhine, Myanmar, yang mengakibatkan kematian, kecederaan dan kemusnahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina suarakan kebimbangan serangan udara Myanmar ragut 50 nyawa

Kenderaan melalui sebuah jambatan selepas serangan udara tentera Myanmar di Kyauktaw, wilayah Rakhine, menurut kumpulan pemberontak yang menguasai kawasan itu dan seorang pekerja bantuan tempatan. Gambar diambil daripada video media sosial yang dikeluarkan pada 28 September 2026. (Gambar: Media Sosial menerusi REUTERS)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 06:34PM
Philippines voices concern over Myanmar airstrike that claimed 50 lives
  • The Philippines, as ASEAN chairman, voiced concern on Oct 3 over the airstrike in Kyauktaw, Rakhine, Myanmar.
  • The Sep 28 attack was reported by the Arakan Army to have killed 50 people, injured at least 58 and caused destruction.
  • Manila said it was monitoring developments, taking into account the views of ASEAN members, and remains guided by the regional bloc's consensus-based approach.
  • The Philippines is ready to facilitate ASEAN discussions to help Myanmar, as the civil war since 2021 has killed about 100,000 people and displaced more than 3.5 million.
Dijana oleh AI
MANILA: Filipina pada Sabtu (3 Okt) menyuarakan kebimbangan berhubung serangan udara di wilayah Rakhine, Myanmar, yang mengakibatkan kematian, kecederaan dan kemusnahan.

Sebagai Pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Filipina turut menyatakan kesediaannya untuk memudahkan perbincangan dalam kalangan negara anggota mengenai cara terbaik untuk membantu Myanmar.

Penolong Setiausaha Ehwal Luar Filipina bagi Hal Ehwal ASEAN Ana Marie Hernando berkata Manila sedang memantau perkembangan dengan teliti.

"Filipina sedang memantau perkembangan dengan teliti dan menyuarakan kebimbangan terhadap serangan yang mengakibatkan kemusnahan, kehilangan nyawa dan kecederaan kepada mereka yang terjejas," kata beliau dalam respons melalui emel.

Manila menyatakan sebagai Pengerusi ASEAN, ia mengambil kira pandangan semua negara anggota dan akan terus berpandukan pendekatan blok serantau itu yang berasaskan konsensus.

Filipina juga bersedia memudahkan perbincangan dalam ASEAN mengenai cara untuk membantu Myanmar, sejajar dengan aspirasi bersama untuk mencari penyelesaian yang diterajui dan dimiliki Myanmar.
Serangan udara di Kyauktaw pada Isnin (28 Sep) membunuh 50 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 58 yang lain, menurut Tentera Arakan, yang sedang bertempur dengan tentera Myanmar.

Ia merupakan serangan udara meragut paling banyak nyawa di Rakhine sejak serangan bom ke atas sebuah hospital pada Disember lalu.

Myanmar dibelenggu perang saudara sejak rampasan kuasa tentera pada 2021, dengan beberapa kumpulan bersenjata termasuk Tentera Arakan bertempur dengan tentera Myanmar.

Konflik berpanjangan itu sudah meragut sekitar 100,000 nyawa dan menyebabkan lebih 3.5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita