Filipina selamatkan 346 rakyatnya dari pusat penipuan Myanmar
Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Seramai 346 pekerja Filipina di luar negara yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan buruh paksa di pusat penipuan online di Myanmar sudah diekstradisi oleh pemerintah Filipina pada Rabu, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Dalam sidang media di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA), Jabatan Pekerja Hijrahan (DMW) memaklumkan bahawa kumpulan itu adalah yang terbesar dari Myanmar setakat ini.
Setiausaha Pekerja Migran Hans Leo Cacdac berkata semua 346 mangsa berada dalam keadaan baik dan akan menerima kaunseling psikososial serta menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Kami telah bertemu mereka dan memberikan jaminan bantuan pemerintah, khususnya dari segi pengangkutan dan penginapan,” katanya.
Kumpulan itu tiba di Terminal 1 NAIA dengan penerbangan Philippine Airlines PR8502 sekitar 3.25 petang dan kemudiannya dibawa ke sebuah lokasi perlindungan yang dirahsiakan atas faktor keselamatan.
Encik Cacdac berkata usaha ekstradisi berkenaan dilaksanakan atas arahan Presiden Ferdinand R. Marcos Jr untuk memastikan semua rakyat Filipina yang diperdagangkan ke Myanmar dan negara jiran kembali dengan selamat.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.