Skip to main content

Dunia

Filipina pindah 100,000 penduduk; Taufan Fung-wong dijangka membadai

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina pindah 100,000 penduduk; Taufan Fung-wong dijangka membadai

Penduduk berpindah dari rumah mereka yang dinaiki air akibat hujan lebat disebabkan Taufan Fung-wong di Remedios T. Romualdez, di pulau selatan Mindanao pada 8 Nov 2025. (Gambar: AFP/Erwin Mascarinas)

Diterbitkan : 09 Nov 2025 11:15AM Dikemas Kini : 09 Nov 2025 11:16AM
ISABELA, Filipina: Filipina memindahkan lebih 100,000 penduduk di wilayah timur dan utara negara itu apabila Taufan Fung-wong dijangka membadai wilayah itu pada lewat Ahad (9 Nov).

Taufan itu dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang.

Isyarat amaran taufan dinaikkan di banyak kawasan di Filipina, dengan isyarat amaran lima - amaran tertinggi -dikeluarkan untuk tenggara Luzon termasuk Catanduanes dan kawasan pesisir Camarines Norte serta Camarines Sur, manakala Metro Manila dan kawasan sekitarnya berada di bawah Isyarat No.3.

Dengan angin berterusan 185 kilometer sejam (kph) dan kelajuan angin sekencang 230 kph, Taufan Fung-wong yang dikenali sebagai Uwan di Filipina, dijangka membadai wilayah Aurora di Luzon pada Ahad malam.

Beberapa kawasan di Visayas Timur mengalami bekalan elektrik terputus.

Beberapa gambar yang dikongsi oleh Pengawal Pantai Filipina di Camarines Sur menunjukkan penduduk dipindahkan dan membawa beg serta barangan peribadi sedang mereka berpindah dari bot penumpang ke trak semasa operasi pemindahan awal.

Lebih 300 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan, menurut pengawal selia penerbangan awam.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita