Filipina nasihat pelancong kekal waspada, sahkan status destinasi susuli gempa bumi
Jabatan Pelancongan (DOT) Filipina pada Rabu (1 Okt) menasihati semua pelancong supaya kekal berwaspada dan mengesahkan status destinasi mereka sebelum melakukan perjalanan menyusuli gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Bogo City, Cebu pada Selasa (30 Sep).
Gempa bumi kuat melanda Bogo, Cebu pada 30 Oktober 2025. (Gambar: Bernama)
Demikian lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
“Pelancong dinasihatkan untuk mengesahkan status destinasi sebelum melakukan perjalanan.
“Beberapa lokasi pelancongan di kawasan terjejas mungkin ditutup sementara pemeriksaan keselamatan sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.
“Saluran dibuka untuk pelancong yang memerlukan bantuan: Talian hotline – 151-TOUR (151-8687); no. telefon – 0954-253-3215; E-mel - touristassistance [at] tourism.gov.ph; Click2Call dan Live Webchat – laman sesawang korporat DOT www.tourism.gov.ph,” menurut kenyataan itu.
DOT juga bekerjasama dengan agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan (LGU) untuk menilai tahap keselamatan jalan serta jambatan, selain meneliti keadaan premis pelancongan dan pekerja yang terjejas.
Setakat ini, tiada senarai rasmi penutupan lokasi tarikan pelancongan dikeluarkan.
Menurut laporan situasi Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC), sekurang-kurangnya dua pelabuhan terjejas dengan 134 penumpang masih terkandas di Visayas Tengah.
Gempa bumi kuat melanda Bogo, Cebu pada pukul 9.59 malam Selasa, dengan gegaran turut dirasai di beberapa wilayah di Visayas serta sebahagian Luzon dan Mindanao.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.