Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Filipina luluskan undang-undang autonomi bagi Marawi

Presiden Filipina meluluskan undang-undang membenarkan masyarakat minoriti Islam di selatan negara itu membentuk pemerintahan sendiri

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jul 2018 04:21PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 09:18PM

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte, hari ini (27 Jul) meluluskan undang-undang yang dinanti-nantikan sekian lama, yang membenarkan masyarakat minoriti Islam di selatan negara itu membentuk pemerintahan sendiri menjelang 2022.

Ia dilihat sebagai langkah untuk menangani masalah golongan ekstremis dan menghapuskan konflik pemisah selama setengah abad yang berlaku di selatan Filipina.

Presiden Duterte menandatangani undang-undang itu selepas lawatan ke Marawi.

Pengerusi gerakan pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro Ebrahim Murad berkata beliau yakin undang-undang itu akan membawa kumpulan pemisah kembali ke arena politik negara itu. 

Dikenali sebagai Undang-Undang Organik Bangsamoro, ia mendapat sokongan penduduk, sekali gus menyukarkan pelampau asing membentuk pakatan dan mendapat sokongan.

Kawasan Bangsamoro termasuk sebahagian Mindanao, pulau kedua terbesar negara itu, dan rangkaian puluhan kepulauan kecil ke barat.

Dianggarkan lima juta penduduk Islam mendiami wilayah itu. 

Sumber : CNA/KN/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan