Filipina lapor lagi 2 kes mpox varian lebih ringan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
MANILA: Filipina mengesahkan dua lagi jangkitan virus mpox daripada varian clade 2 yang lebih ringan, menurut kementerian kesihatan Filipina pada Isnin (26 Ogos).
Ini menjadikan jumlah kes aktif mpox di negara itu kepada tiga.
Menurut Menteri Kesihatan Filipina Teodoro Herbosa menerusi satu kenyataan, penularan tempatan mpox clade 2 di Filipina terus dikesan khususnya di Metro Manila.
Kes yang terbaharu disahkan melibatkan seorang lelaki berusia 37 tahun di Metro Manila, yang mengalami ruam di badan pada minggu lalu dan dibawa ke hospital pemerintah.
Satu lagi kes ialah seorang lelaki, 32 tahun, dari ibu kota Manila, yang mengalami beberapa luka pada kulit di badannya.
Filipina minggu lalu mengumumkan, ia mengesan satu kes varian virus mpox yang lebih ringan, melibatkan lelaki berusia 33 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar Filipina.
Tiga kes tahun ini bermakna Filipina mengesan 12 kes mpox yang disahkan sejak Julai 2022.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.