Filipina kesan kes pertama COVID-19 varian Brazil; sahkan varian tempatan baru
Filipina pada Sabtu (13 Mac) melaporkan kes pertama varian COVID-19 yang sangat berjangkit yang pertama kali dikenal pasti di Brazil. Negara Asia Tenggara itu juga mengesahkan hampir 100 jangkitan varian baru yang ditemui secara tempatan.
Gambar fail ujian swab yang dijalankan di Filipina bagi jangkitan COVID-19. (Gambar: REUTERS/Eloisa Lopez/File photo)
MANILA: Filipina pada Sabtu (13 Mac) melaporkan kes pertama varian COVID-19 yang sangat berjangkit yang pertama kali dikenal pasti di Brazil. Negara Asia Tenggara itu juga mengesahkan hampir 100 jangkitan varian baru yang ditemui secara tempatan.
Seorang warga Filipina yang kembali dari Brazil diuji positif untuk varian P1 Brazil setelah 752 sampel urutan genom dipalukan, dedah kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.
Pihaknya juga melaporkan bahawa 98 kes adalah varian P3 serupa yang pertama kali dikesan di negara itu awal bulan ini.
"Buat masa ini, P3 tidak dikenal sebagai varian yang menimbulkan kebimbangan kerana data yang ada saat ini tidak cukup untuk menyimpulkan sama ada varian tersebut akan mempunyai implikasi kesihatan awam yang ketara," jelas kementerian itu.
Filipina melaporkan 59 jangkitan baru varian B117 yang pertama kali dikesan di Britain, dan 32 kes varian B1351 yang ditemui di Afrika Selatan. Ini menjadikan jumlah kes untuk varian tersebut masing-masing sebanyak 177 dan 90.
"Pematuhan yang betul dan konsisten terhadap piawai kesihatan awam minimum akan mencegah penularan varian-varian ini," tegas kementerian itu.
Filipina, yang mempunyai jumlah kes dan kematian COVID-19 tertinggi kedua di Asia Tenggara, menghadapi lonjakan baru jangkitan ketika pihaknya sedang meningkatkan usaha vaksinasi yang bermula pada 1 Mac.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.