Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Filipina ingin mulakan projek penerokaan daya tenaga baharu di Laut China Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina ingin mulakan projek penerokaan daya tenaga baharu di Laut China Selatan

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berucap di mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada 18 Januari 2023. (Gambar fail: Fabrice COFFRINI / AFP)

MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berkata negaranya sedang berusaha untuk menyelesaikan :isu penerokaan" di Laut China Selatan, supaya ia dapat memulakan projek penerokaan daya tenaga baharu di laluan lautan yang penuh dengan sumber semula jadi itu.

Sekaligus, memenuhi keperluan daya tenaga Filipina.

Encik Marcos berkata dalam satu temu bual bersama media Jepun pada Sabtu (16 Dis), berkata ketegangan di Laut China Selatan "semakin buruk, bukan berkurangan" sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Beliau memberi amaran bahawa "China yang lebih tegas" menimbulkan "cabaran nyata"kepada negara-negara jirannya di Asia.

Filipina dan China sudah menyambung semula rundingan tentang penerokaan bersama sumber minyak dan gas di Laut China Selatan, di mana kedua-dua negara bertikai berdekad lamanya bagi hak untuk membangunkan sumber-sumber semula jadi di laluan perairan strategik itu.

Namun, "tidak banyak kemajuan" dicapai berkaitan rundingan tersebut, kata Encik Marcos.

Demikian menurut kenyataan media diterbitkan pejabatnya, sedang beliau menghadiri Sidang Puncak Peringatan Jepun-ASEAN di Tokyo.

"Buat masa ini, rundingan kami masih buntu," kata Encik Marcos sambil menekankan tentang hak negaranya untuk meneroka Laut Barat Filipina. Ini sedang negara itu berhasrat untuk mengurangkan penggantungannya kepada bahan api fosil dan arang batu, serta peralihan kepada gas asli cecair.

Manila merujuk kepada bahagian Laut China Selatan yang berada dalam Zon Perdagangan Eksklusifnya sebagai Laut Barat Filipina.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan