Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Filipina, China setuju bincang hak memancing di Laut China Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berkata China bersetuju untuk membincangkan hak memancing di Laut China Selatan sambil menggesa bagi "saluran perhubungan secara langsung" dengan Beijing berhubung perbezaan maritim kedua-dua negara itu.

China bersetuju untuk "duduk berbincang" mengenai hak warga Filipina memancing di Laut China Selatan, kata Encik Marcos.

Tambahnya, beliau sudah mengarahkan Pengawal Pantai Filipina dan Jabatan Ehwal Luar "untuk mewujudkan... peta bagi kawasan memancing" yang akan diserahkan kepada Beijing.

Dalam kenyataannya kepada wartawan semasa dalam penerbangan ke Washington, Encik Marcos juga berkata "saluran perhubungan secara langsung" antara Filipina dengan China harus dikuatkuasakan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang konflik maritim antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.
"Keutamaan sekarang adalah untuk melindungi kawasan maritim kami," kata Encik Marcos dalam kenyataan yang diterbitkan pejabatnya.

Kedutaan China di Manila tidak segera mengulas mengenai insiden itu.

Amerika Syarikat sebelum ini menggesa China agar berhenti mengganggu kapal-kapal Filipina di Laut China Selatan.

Beijing pula menyatakan ia sanggup menangani perbezaan maritim dengan negara-negara yang terlibat melalui perundingan mesra, sambil memberi amaran kepada Washington agar tidak masuk campur.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan