Skip to main content

Dunia

Filipina 'cetus masalah' di Laut China Selatan dengan bantuan Amerika Syarikat, kata China

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina 'cetus masalah' di Laut China Selatan dengan bantuan Amerika Syarikat, kata China

Gambar fail kapal kawalan pantai Filipina di Laut China Selatan pada Mei 2019. (Gambar: AFP/TED ALJIBE)

Diterbitkan : 13 Dec 2024 12:29PM Dikemas Kini : 13 Dec 2024 12:48PM
BEIJING: China pada Jumaat (13 Dis) menuduh Filipina "mencetuskan masalah" di Laut China Selatan dengan mendapatkan sokongan Amerika Syarikat, seminggu selepas Beijing dan Manila bertukar tuduhan berhubung konfrontasi baharu di perairan yang dipertikaikan itu.

"Pihak Filipina, dengan sokongan dan permintaan Amerika, mencetuskan masalah di banyak tempat di Laut China Selatan," kata Wu Qian, jurucakap Kementerian Pertahanan China, melalui akaun WeChat rasminya.

"Filipina sedar bahawa bahagian wilayahnya ditentukan oleh beberapa perjanjian antarabangsa dan tidak pernah termasuk Kepulauan Spratly dan Scarborough Shoal milik China," tambahnya.

Tahun ini, Beijing dan Manila terilbat dalam beberapa siri konfrontasi di terumbu karang dan pulau kecil di Laut China Selatan, yang dituntut hampir keseluruhannya oleh China.

Filipina, Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam juga menuntut bahagian laut tersebut. Mereka bimbang tuntutan China yang luas menceroboh zon ekonomi eksklusif (EEZ) mereka, iaitu kawasan 200 batu nautika (370 kilometer) dari pantai negara mereka.

Minggu lalu, pegawai Filipina bahawa kapal pengawal pantai China melepaskan tembakan meriam air dan melanggar bot biro perikanan Manila dalam perjalanan untuk menghantar bekalan kepada nelayan Filipina di sekitar Scarborough Shoal.

Tindakan tersebut dikecam Amerika.

Pengawal Pantai China menyatakan bahawa empat kapal Filipina cuba memasuki perairan yang disifatkannya sebagai miliknya di sekitar Scarborough Shoal, yang dipanggil Pulau Huangyan oleh Beijing.

China menyerahkan carta nautika awal bulan ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dikatakan menyokong tuntutannya atas perairan itu, di mana sebuah tribunal antarabangsa 2016 mendapati ia adalah kawasan menangkap ikan yang sudah lama wujud untuk nelayan dari pelbagai negara.

Berikutan penyerahan carta itu, jurucakap Majlis Maritim Nasional Filipina, berkata bahawa dakwaan China adalah tidak berasas dan melanggar undang-undang.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita