Skip to main content

Dunia

Filipina buru dalang pesta bom maut

Pihak berkuasa Filipina sedang memburu dua lelaki pada Rabu (29 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina buru dalang pesta bom maut

Tempat di mana letupan itu berlaku pada 28 Ogos. (Gambar: @philredcross/Twitter)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 09:26PM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 09:32PM

SULTAN KUDARAT, FILIPINA: Pihak berkuasa Filipina sedang memburu dua lelaki pada Rabu (29 Ogos). Kedua-dua lelaki tersebut dipercayai meletakkan bahan letupan yang meragut dua nyawa, termasuk seorang gadis, di sebuah pesta di selatan negara itu.

Letupan pada lewat Selasa (28 Ogos) di bandar Isulan itu, yang mencederakan seramai 35 orang, adalah bom kedua dalam tempoh kurang sebulan di kawasan di mana militan-militan muslim memberontak.

Seorang lelaki meninggalkan bom buatan sendiri dalam sebuah beg berdekatan kedai runcit di mana ramai orang berkumpul untuk meraikan hari ulang tahun bandar itu. Bagaimanapun, dia dan rakan subahatnya melarikan diri, menurut pihak tentera.

Serangan tersebut, yang didakwa dilakukan oleh ISIS, adalah keganasan terbaru di selatan negara itu di mana, kebanyakan penduduknya beragama Katolik. Malah, disebabkan oleh kumpulan pemberontakan kumpulan-muslim yang berpanjangan, lebih 100,000 orang disahkan maut sejauh ini.

"Seorang (lelaki) meletak bahan letupan tersebut sementara seorang lagi (menunggang) motosikal," menurut Jeneral Cirilito Sobejana, sambil menambah bahawa para suspek sedang diburu.

Menurut Encik Sobejana, dalang di sebalik rancangan serangan bom itu "besar kemungkinan" adalah Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro atau BIFF.

Menurut seorang jurucakap tentera, serangan bom itu mungkin sebagai tindak balas terhadap BIFF, menambah bahawa kumpulan tersebut merancang serangan bom itu di beberapa kawasan di Selatan Mindanao.

Serangan tersebut berlaku hanya kurang sebulan setelah bom diletupkan dalam van di sebuah pondok pemeriksaan di Pulau Basilan pada 31 Julai, yang meragut 10 nyawa.

ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dan pihak berkuasa mempercayai bahawa pemandu van tersebut mungkin ingin menyasar perbarisan kanak-kanak yang berlangsung di tempat berdekatan.

Presiden Rodrigo Duterte meletakkan Mindanao dibawah undang-undang tentera sehingga hujung tahun ini setelah militan-militan ISIS menakluki bandar Marawi di Selatan Filipina tahun lalu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita