Skip to main content

Dunia

Filipina batalkan beberapa penerbangan dek Ribut Tropika Ramil

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina batalkan beberapa penerbangan dek Ribut Tropika Ramil

Seorang wanita memegang payung ketika Ribut Tropika Tapah menghampiri Hong Kong pada 8 September 2025. (Gambar: Reuters/Tyrone Siu)

MANILA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) pada Ahad (19 Okt) mengumumkan pembatalan penerbangan berikutan keadaan cuaca buruk yang disebabkan oleh Ribut Tropika Ramil.

CAAP memaklumkan pembatalan itu melibatkan penerbangan domestik yang dikendalikan oleh Philippine Airlines, Cebu Pacific Air dan CebGo.

Penumpang dinasihatkan untuk menyemak terus dengan syarikat penerbangan mereka mengenai kemas kini, pilihan tempahan semula atau prosedur bayaran balik.

Dalam satu kenyataan media, CAAP memaklumkan ia akan terus memantau perkembangan cuaca dengan teliti dan sedang dalam penyelarasan aktif dengan pengendali penerbangan serta pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan keselamatan dan kebajikan orang ramai dalam perjalanan. 

Nasihat tambahan akan dikeluarkan mengikut keperluan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita