Filipina arah penduduk segera berpindah ke tempat selamat jelang ketibaan Taufan Doksuri
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Dost_pagasa)
MANILA: Taufan ganas melanda utara Filipina pada Selasa (25 Jul), menurut agensi kaji cuaca negara itu.
Ia mendorong pihak berkuasa untuk mengarahkan para penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan pantai supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Taufan Doksuri dengan tiupan angin sekencang 185 kilometer sejam sedang menuju ke arah tiga buah pulau yang tidak mempunyai ramai penduduk di utara pulau utama, Luzon, menurut agensi tersebut.
Taufan yang dipanggil "Egay" di Filipina, dijangka melanda atau melalui sangat dekat dengan pulau Babuyan atau timur laut wilayah Cagayan menjelang petang Rabu (27 Jul), menurut agensi itu dalam buletin terkini pada 0000 GMT (8.00 pagi waktu Singapura).
Ia kemudian dijangka akan melanda Taiwan dan timur China.
Taufan itu dijangka akan menyebabkan lebih 200mm curahan hujan di pulau-pulau dan bahagian utara wilayah Cagayan, Apayao dan Ilocos Norte pada Selasa.
Tiga daripada lima pulau Babuyan mempunyai kira-kira 20,000 penduduk.
Pegawai pengurusan bencana tempatan Charles Castillejos berkata para penduduk di pantai pulau-pulau tersebut sudah diarahkan supaya meninggalkan rumah mereka, manakala para nelayan pula dinasihatkan supaya memindahkan bot mereka dari laut.
Agensi kaji cuaca itu turut memberi amaran bahawa pusuan ribut tersebut yang melepasi 3 meter mungkin akan menjejas sesetengah kawasan rendah.
Hujan lebat juga dijangka melanda wilayah-wilayah di kawasan pergunungan dalam masa beberapa hari akan datang, di samping berlaku tanah runtuh, tambah agensi tersebut..

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.