Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Filipina akan buka semula Boracay susuli kerja pembersihan

Rakyat Filipina di pulau peranginan Boracay mengalu-alukan pembukaan semula tempat tarikan pelancong itu esok (26 Okt), selepas enam bulan ditutup untuk kerja pembersihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina akan buka semula Boracay susuli kerja pembersihan

Apabila dibuka kelak, hanya 19,000 pelancong dibenarkan memasuki Boracay setiap hari. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 07:54PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 08:01PM

MANILA: Rakyat Filipina di pulau peranginan Boracay mengalu-alukan pembukaan semula tempat tarikan pelancong itu esok (26 Okt), selepas enam bulan ditutup untuk kerja pembersihan.

Pemerintah Filipina membenarkan para penduduk Boracay dan kawasan tanah besar untuk menikmati pantai-pantai Boracay sebelum membukanya semula kepada para pelancong asing.

Pada April lalu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengarahkan agar Boracay ditutup selepas sistem pembetungan yang tidak diurus dengan betul, menyebabkan pantai-pantainya tercemar bakteria dengan teruk.

(Gambar: Joel Nito/AFP)

Bagi ramai pemilik kedai atau restoran di Boracay, mereka tidak sabar untuk kembali berniaga setelah terhenti selama enam bulan.

Namun ada juga yang bimbang kebanjiran semula pelancong ke Boracay akan menyebabkan pulau peranginan itu kembali mengalami masalah pencemaran yang buruk.

Menurut pihak berkuasa Filipina, kerja-kerja pembaikan akan terus dijalankan sehingga tahun depan dan hanya 19,000 pelancong dibenarkan memasuki Boracay setiap hari. 

Sumber : AFP/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan