Skip to main content

Dunia

Filipina adakan pungutan suara bagi wilayah-wilayah Muslim

Kira-kira 2.8 juta rakyat keluar mengundi hari ini (21 Jan) bagi meluluskan undang-undang baru Bangsamoro, yang akan membenarkan beberapa bahagian selatan negara itu ditadbir secara bebas.

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina adakan pungutan suara bagi wilayah-wilayah Muslim

Para penduduk di selatan Filipina keluar mengundi. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 04:22PM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 04:26PM

MANILA: Kira-kira 2.8 juta rakyat keluar mengundi hari ini (21 Jan) bagi meluluskan undang-undang baru Bangsamoro, yang akan membenarkan beberapa bahagian selatan negara itu ditadbir secara bebas.

Sekiranya majoriti rakyat mengundi menyokong undang-undang baru itu, ia akan menggantikan status Kawasan Autonomi Muslim yang berkuat kuasa sejak 1991.

Ia juga mungkin dapat meredakan pemberontakan pihak pemisah yang berlarutan di wilayah Mindanao sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Undang-undang Bangsamoro yang baru itu adalah salah satu syarat dalam perjanjian damai.

Ia ditandatangani pada 2014 antara pemerintah Filipina dengan para pemimpin Kumpulan pemberontak iaitu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Jika Undang-Undang Bangsamoro itu diluluskan, Presiden Duterte, perlu melantik anggota-anggota badan perundangan yang akan memerintah kawasan autonomi itu sepanjang tempoh peralihan sehingga pilihan raya.

Di bawah perjanjian itu juga, sekitar 30,000 pejuang MILF mesti melucutkan senjata. Keputusan pengundian dijangka diumumkan pada Jumaat ini (25 Jan).  

Sumber : Reuters/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita