FIA siasat pepijat sofwe jejas permulaan GP Bahrain di Malaysia
Formula One F1 - Grand Prix Bahrain - Litar Antarabangsa Sepang, Sepang, Malaysia - 4 Oktober 2026. Pemandangan umum matahari terbenam selepas perlumbaan ketika sebuah pesawat berlepas. (Gambar: Reuters/Hasnoor Hussain)
- The FIA has vowed to investigate a software bug that affected several cars during the formation lap of the Bahrain F1 Grand Prix at Sepang Circuit on Sunday, Oct 4.
- Lewis Hamilton and Max Verstappen were among the drivers affected, with Hamilton having to restart his car, while Verstappen likened the experience to a Lego race.
- The FIA said a combination of slow engines, low grip, wet energy settings and Sepang's configuration caused an unintended loss of power.
- The FIA's technical department circulated new software during the delay caused by rain, and Nikolas Tombazis said the lack of wet-weather testing may have caused the problem to go undetected.
- FIA berikrar menyiasat pepijat perisian yang menjejaskan beberapa kereta semasa pusingan formasi Grand Prix F1 Bahrain di Litar Sepang pada Ahad, 4 Oktober.
- Lewis Hamilton dan Max Verstappen antara pelumba terkesan, dengan Hamilton perlu menghidupkan semula keretanya, manakala Verstappen menyamakan pengalaman itu seperti perlumbaan Lego.
- FIA menyatakan gabungan enjin perlahan, cengkaman rendah, tetapan tenaga basah dan konfigurasi Sepang menyebabkan kehilangan kuasa yang tidak disengajakan.
- Jabatan teknikal FIA mengedar perisian baharu ketika kelewatan akibat hujan, dan Nikolas Tombazis berkata kekurangan ujian basah mungkin menyebabkan masalah terlepas dikesan.
Juara dunia tujuh kali dari pasukan Ferrari, Lewis Hamilton, dan juara empat kali Red Bull yang akhirnya memenangi perlumbaan, Max Verstappen, adalah antara beberapa pelumba yang terjejas akibat gangguan itu ketika pusingan formasi selepas hujan lebat dan kelengahan yang teruk di Litar Sepang yang basah dan lembap.
Verstappen membandingkan pengalaman itu dengan perlumbaan 'Lego' yang diadakan di Silverstone sebelum Grand Prix Britain, manakala Hamilton, pelumba paling berjaya dalam sejarah sukan itu, terpaksa memberhentikan kereta lumbanya di litar dan menghidupkannya semula, sesuatu yang menurutnya, tidak pernah berlaku sepanjang kerjayanya.
Insiden itu merupakan masalah terbaharu dalam musim pertama yang sukar bagi era baharu kereta lumba dan enjin, dengan para pelumba tidak berpuas hati sejak perlumbaan pembukaan berhubung peningkatan komponen elektrik unit kuasa serta keperluan mengurus tenaga.
FIA kemudian menyatakan bahawa "gabungan keadaan yang belum pernah berlaku sebelum ini, iaitu kelajuan enjin rendah, keadaan cengkaman rendah, tetapan pengurusan tenaga ketika cuaca basah dan konfigurasi sektor litar Sepang menyebabkan kehilangan kuasa yang tidak disengajakan bagi beberapa kereta lumba."
"Akibatnya, jabatan teknikal FIA menggugurkan sekatan had tenaga di sektor yang terjejas dengan mengeluarkan sofwe yang dikemas kini dan diedarkan kepada semua peserta ketika kelengahan perlumbaan akibat hujan lebat, membolehkan pasukan-pasukan membuat perubahan yang diperlukan pada unit kuasa sebelum perlumbaan bermula."
"Isu ini tidak dikesan oleh FIA atau pasukan-pasukan ketika ujian atau semasa pusingan menuju ke grid. FIA, bersama pasukan dan pengeluar unit kuasa, akan menjalankan semakan penuh dan menyeluruh terhadap isu ini."
Pengarah FIA Nikolas Tombazis, memberitahu para wartawan bahawa kekurangan ujian pramusim dalam keadaan basah menyumbang kepada keadaan itu.
"Sesetengah kereta lumba bergerak sangat perlahan, hampir terhenti. Terdapat sedikit kesan berantai antara kereta lumba, dan sesetengah kereta hampir berhenti sepenuhnya," katanya. "Pepijat itu menghalang kuasa daripada digunakan semula, dan menyebabkan kereta tidak dapat bergerak semula."
"Saya rasa jika kami menjalankan lebih banyak ujian, kami mungkin dapat mengesan masalah tersebut tepat pada masanya dan mengelakkan keadaan seperti ini."
Sepang merupakan perlumbaan pertama musim ini dalam keadaan basah, walaupun litar tersebut kering semasa perlumbaan.
"Kadangkala sesuatu terlepas daripada perhatian dan kita harus belajar daripadanya, kemudian melakukan tugas yang lebih baik pada masa akan datang," kata Tombazis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.