Festival Majestic Johor dijangka pikat lebih 600,000 pengunjung termasuk warga SG
Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim. (Gambar: Bernama)
ISKANDAR PUTERI: Festival Majestic Johor yang dijadual berlangsung di Puteri Harbour dari 28 Ogos hingga 1 Sept ini menyasarkan kehadiran lebih 600,000 pengunjung termasuk dari negara jiran.
Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, pihaknya telah mengadakan promosi di luar Johor seperti di Riau, Indonesia dan Singapura.
"Tarikan utama festival yang memasuki edisi ketiga itu ialah pameran eksklusif kereta klasik diraja dan Perarakan Festival Majestic Johor yang akan menyaksikan perarakan kebudayaan, persembahan kesenian etnik budaya Johor serta pancaragam pada 1 Sept.
"Terdapat juga pertunjukan bunga api dan konsert sempena Malam Ambang Merdeka pada 30 Ogos," katanya kepada para wartawan pada sidang media penganjuran festival itu pada Rabu (7 Ogos).
Bagi menambah kemeriahan dan keseronokan festival berkenaan, perarakan Festival Majestic Johor bakal menampilkan perarakan penuh warna-warni daripada 26 kumpulan kebudayaan dan kesenian serta pancaragam dari pelbagai sekolah.
Menurut Encik Sharil Nizam, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas sepanjang festival berlangsung, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menyediakan khidmat pengangkutan bas percuma terus ke tapak festival dari tapak letak kenderaan yang disediakan seperti di sekitar bangunan kerajaan di Kota Iskandar.
Festival yang pertama kali diadakan pada 2022 itu merupakan satu daripada inisiatif kerajaan Johor untuk menyemarakkan sektor pelancongan yang menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi tempatan melalui impak aktiviti rantaian daripada sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan.
Festival itu telah menerima penghormatan daripada industri pelancongan Malaysia apabila menerima anugerah 'Gold Award Attractive State Tourism Event' pada 2022.

Sumber : Bernama/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.