Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Festival 'bayi sumo menangis' di Jepun kembali selepas pandemik

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Salah satu festival unik di Jepun ialah Nakizumo di mana para bayi 'berlawan nangis'.Upacara tahunan itu dipercayai memberi kesihatan kepada bayi yang mengambil bahagian.

Selepas dihentikan akibat pandemik COVID-19, berpuluh-puluh bayi kembali masuk gelanggang buat pertama kalinya dalam empat tahun pada Sabtu (22 Apr), untuk didorong supaya menangis.

Dalam perlawanan di Kuil Sensoji di Tokyo, sepasang bayi yang dikenakan pakaian ala sumo bersemuka antara satu sama lain dengan digendong ibu bapa mereka.

Kakitangan kuil yang memakai topeng hantu "oni", dengan semangat cuba untuk membuat bayi tersebut menangis. Bayi pertama yang menangis diisytiharkan pemenang oleh pengadil, yang terdiri daripada atlit sumo. Namun, kalau kedua-dua bayi itu menangis secara serentak, maka tangisan yang lebih kuat pemenangnya.

Pengerusi Persekutuan Pelancongan Asakusa, Shigemi Fuji, yang menganjurkan acara itu berkata mungkin ada orang yang berpendapat menakut-nakutkan bayi sehingga mereka menangis adalah kejam.

"Namun di Jepun, kami percaya bayi yang menangis dengan kuat akan membesar dengan sihat. Acara seperti ini berlangsung di banyak tempat merata Jepun," kata Encik Fuji.

Seramai 64 bayi mengambil bahagian dalam perlawanan pada Sabtu, menurut penganjur.

Peraturannya berbeza dari satu wilayah ke wilayah yang lain dengan di beberapa wilayah, terdapat ibu bapa yang mahu bayi mereka menangis dahulu.

Di wilayah lain pula, bayi pertama yang menangis merupakan pihak yang kalah.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan