Skip to main content

Dunia

Feri Pulau Pinang diubah suai jadi muzium, restoran dan feri pelancongan

Lima buah feri ikonik lama Pulau Pinang bakal berubah wajah apabila diubah suai menjadi muzium terapung, feri pelancongan dan restoran terapung di negeri itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Feri Pulau Pinang diubah suai jadi muzium, restoran dan feri pelancongan

Feri ikonik Pulau Pinang. (Gambar: Penang Foodie)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 02:46PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 02:49PM

GEORGE TOWN: Lima buah feri ikonik lama Pulau Pinang bakal berubah wajah apabila diubah suai menjadi muzium terapung, feri pelancongan dan restoran terapung di negeri itu.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Tan Teik Cheng berkata lima buah feri itu akan diserahkan kepada syarikat yang berkelayakan mulai 1 Julai ini. 

Beliau berkata syarikat berkelayakan terbabit akan mengubah suai feri-feri ikonik tersebut kepada sebuah muzium terapung, dua feri pelancongan dan dua restoran terapung.

“Banyak cadangan telah diterima pada 19 Mac. Setelah dinilai oleh beberapa jawatankuasa SPPP, Mesyuarat Lembaga Pengarah SPPP pada pertengahan bulan Jun telah meluluskan syarikat yang berkelayakan untuk mengubah suai dan mengendali lima feri ikonik.

"SPPP dan syarikat yang berjaya akan menandatangani kontrak untuk tempoh 10 tahun dengan pilihan disambung selama 5 tahun lagi,” katanya,

Encik Tan berkata syarikat-syarikat berkelayakan diberi tempoh tiga hingga enam bulan untuk memperbaiki dan mengubah suai feri-feri ikonik tersebut sebelum beroperasi sebagai pendorong sektor pelancongan di Pulau Pinang.

Beliau berkata sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, pihaknya akan mengadakan majlis penyerahan feri-feri berkenaan pada 1 Julai manakala jika PKP dilanjutkan, penyerahan tetap diadakan tetapi secara online.

"Misi utama SPPP sekarang adalah memastikan lima buah feri ikonik ini terus muncul di perairan Pulau Pinang. Saya percaya feri-feri ini akan menjadi produk pelancongan yang penting dan tempat percutian menarik di Pulau Pinang,” katanya.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita