Feri Langkawi dalam proses pembaikan terbakar
Anggaran Waktu Membaca:
LANGKAWI: Sebuah feri yang dalam proses pembaikan di limbungan kapal di Bukit Malut, terbakar pada petang Jumaat (11 Nov), lapor Kosmo! Online.
Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Fadzullah Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 5 petang tadi.
Katanya, tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dan satu jentera dari BBP Persiaran Putra diarahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran didapati melibatkan bilik enjin sebuah feri yang berada di atas tanjakan kerana dalam proses pembaikan.
“Kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan air dan 11 tong buih pada peringkat pertama pemadaman,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, sebanyak 12 tong buih tambahan dihantar ke lokasi bagi peringkat seterusnya.
“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 6.46 petang tadi dan proses pemadaman masih giat dilakukan,” ujarnya.
Tambah beliau, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Sumber : Agensi berita//fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.