Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ferdinand Marcos Jr menang Pilihan Raya Presiden Filipina

Anggaran Waktu Membaca:

MANILA: Ferdinand Marcos Jr menang besar dalam Pilihan Raya Presiden Filipina pada Isnin (9 Mei), kemenangan pertama dengan kelebihan undi majoriti sejak tercetusnya revolusi pada 1986 yang menjatuhkan pemerintahan kuku besi bapanya selama dua dekad.

Keputusan tidak rasmi itu menunjukkan bahawa jumlah undi yang diperolehi Encik Marcos Jr, 64 tahun, yang juga dikenali sebagai 'Bongbong', sudah melepasi 27.5 juta undi yang diperlukan untuk meraih undi majoriti.

"Saya berharap anda tidak jemu menyokong kami," kata Encik Marcos kepada para penyokongnya di Facebook.

"Ada banyak perkara yang harus dilakukan," kata beliau sambil menambah "usaha sebesar ini bukan hanya melibatkan seorang individu saja".

Encik Marcos Jr berjaya meraih 29.9 juta undi, seganda lebih tinggi berbanding Naib Presiden Filipina Leni Robredo selepas 93.8 peratus undi selesai dikira, menurut keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina (COMELEC).

Jumlah rakyat Filipina yang keluar mengundi adalah sekitar 80 peratus.

Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada hujung bulan ini.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan