Ferdinand Marcos Jr angkat sumpah jawatan Presiden Filipina
(Gambar: Francis R. Malasig/Pool/AFP)
MANILA: Anak lelaki kepada mendiang diktator Filipina, Ferdinand Marcos, mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden pada tengah hari Khamis (30 Jun).
Ini sekali gus menandakan kepulangan salah satu dinasti politik paling terkemuka di Asia selepas 36 tahun ia digulingkan dalam pemberontakan rakyat.
Encik Ferdinand Marcos Jr menggantikan Encik Rodrigo Duterte, yang namanya tercemar di seluruh dunia disebabkan oleh kempen tegarnya dalam memerangi dadah. Malah, Encik Duterte juga mengancam untuk membunuh sesiapa saja yang disyaki pengedar dadah setelah beliau melepaskan jawatannya.
Menjelang upacara mengangkat sumpah, Encik Duterte menyambut kedatangan Encik Marcos Jr di Istana Presiden Malacanang - iaitu tempat di mana keluarga Encik Marcos melarikan diri untuk hidup dalam buangan 36 tahun yang lalu.
"Ini satu detik yang bersejarah untuk kita semua," kata Encik Marcos Jr dalam ucapan pelantikannya.
"Melalui undi anda, anda menolak politik yang memecahbelahkan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.