Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fenomena 'supermoon' terbesar 2020 dibayangi kebimbangan COVID-19

Fenomena bulan purnama 'supermoon' yang terbesar dan paling terang pada 2020 terjadi pada Selasa malam (7 Apr) menghiasi langit bandar-bandar yang sepi, kilang-kilang yang kosong dan negara-negara yang laksanakan larangan pergerakan ekoran virus korona. 

Anggaran Waktu Membaca:
Fenomena 'supermoon' terbesar 2020 dibayangi kebimbangan COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Apr 2020 11:23PM Dikemas Kini : 08 Apr 2020 11:26PM

REUTERS: Fenomena bulan purnama 'supermoon' yang terbesar dan paling terang pada 2020 terjadi pada Selasa malam (7 Apr) menghiasi langit bandar-bandar yang sepi, kilang-kilang yang kosong dan negara-negara yang laksanakan larangan pergerakan ekoran virus korona yang sudah meragut puluhan ribu nyawa di merata dunia.

Menurut Royal Observatory di Greenwich, London, fenomena 'supermoon' berlaku apabila bulan berada dalam jarak 10 peratus jarak terdekatnya dengan bumi pada saat bulan purnama.

Bulan purnama bulan April adalah supermoon paling dekat pada 2020. Ia juga dikenali sebagai 'Pink Moon' atau bulan merah jambu, sempena bunga-bunga berwarna merah jambu yang mula berkembang bulan ini di beberapa kawasan.

Seorang penduduk di Beijing yang menyaksikan fenomena itu, Ding Linlin, berkata: "Keadaan epidemik di China beransur baik. Ini mungkin membayankan sesuatu yang baik ... Saya gembira apabila melihatnya."

Tanah Besar China tidak melaporkan sebarang kematian pesakit COVID-19 pada Selasa buat kali pertama sejak pandemik itu bermula hujung tahun lalu. Ia juga mencatat penurunan dalam jumlah kes baru, sehari sebelum Wuhan, pusat bandar di mana virus muncul pada lewat Disember lalu, dijadualkan menamatkan perintah larangan.

Di Sepanyol, di mana virus itu masih menular dan angka korban hampir mencecah 14,000 orang, penduduk ibu kota Madrid bertepuk tangan sebagai menunjukkan perhargaan kepada barisan pekerja kesihatan dari balkoni dan tingkap mereka di bawah sinaran supermoon.

Sumber : Reuters/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan