Skip to main content

Dunia

Fenomena 'Supermoon' pertama 2023 dijangka dapat dilihat di Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Fenomena 'Supermoon' pertama 2023 dijangka dapat dilihat di Saudi

Gambar Fail: AFP

Diterbitkan : 03 Jul 2023 11:26PM
JEDDAH: Fenomena 'supermoon' 2023 dijangka dapat dilihat di Saudi Arabia dan seluruh dunia Arab pada Isnin (3 Jul).

Fenomena 'supermoon' itu berlaku apabila bulan mengambang itu berada pada jarak lebih dekat dengan bumi.

Ini sekali gus membuatkan bulan mengambang itu kelihatan lebih besar dan lebih bercahaya dari biasa, lapor Saudi Gazette.

Majed Abu Zahra, presiden Persatuan Astronomi di Jeddah, berkata bahawa bulan disifatkan sebagai 'supermoon' apabila jarak antara pusat bulan dan pusat bumi adalah dalam lingkungan 362,146 km.

Istilah saintifik untuk bulan ini ialah 'perigee syzygy', yang bermakna bulan berada pada jarak terdekat dengan bumi.

Jika ia adalah bulan mengambang, ia akan berada pada jarak 361,934 kilometer.

Abu Zahra berkata bahawa bulan mencapai sudut 180 darjah dari matahari pada jam 02:38 petang waktu Makkah atau 11:38 pagi GMT.
Sumber : Agensi berita/AT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita