Skip to main content

Dunia

Fenomena air pasang besar diramal berlaku di M'sia sehingga 13 Okt

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan di Malaysia mulai hari Sabtu (8 Okt) hingga Khamis (13 Okt), menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma).

Dalam perkongsiannya di facebook, Nadma menyatakan Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan-kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Nadma menyatakan fenomena air pasang besar itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar,

Air pasang besar itu berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di kawasan-kawasan rendah pesisir pantai.

"Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran lebih peka dan berwaspada semasa fenomena ini berlaku," menurut perkongsian itu. 
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita