Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fenomena air pasang besar di pesisir pantai Selangor terkawal, tiada banjir

Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai Selangor hari ini (19 Sep) dipercayai terkawal, dan tiada sebarang limpahan air berlaku sehingga mengakibatkan kejadian banjir serius dilaporkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Fenomena air pasang besar di pesisir pantai Selangor terkawal, tiada banjir

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Sep 2020 02:55PM Dikemas Kini : 19 Sep 2020 03:02PM

SHAH ALAM: Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai Selangor hari ini (19 Sep) dipercayai terkawal, dan tiada sebarang limpahan air berlaku sehingga mengakibatkan kejadian banjir serius dilaporkan.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN), Ahmad Fairuz Mohd Yusof ketika dihubungi berkata, hanya halaman sebuah rumah di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor dikesan dinaiki air ekoran hakisan pada benteng Pantai Remis awal pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya turut mengesan limpahan minimum di kawasan Pantai Morib ekoran kejadian benteng pemecah ombak runtuh di kawasan itu semalam, selain dua hakisan di Pantai Kelanang dan Kampung Sawah, Banting.

Mujur, ia hanya dalam skala kecil.

UPBN sebelum ini menjangkakan lima daerah di Selangor akan dilanda fenomena air laut pasang besar bermula hari ini sehingga Nov dengan ketinggian paras air laut diramal mencecah sehingga paras 5.8 meter.

Sumber : Bernama/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan