Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

FDA saran vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak bawah 5 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
FDA saran vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak bawah 5 tahun

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 16 Jun 2022 06:25PM Dikemas Kini : 16 Jun 2022 06:25PM

REUTERS: Sebuah panel pakar oleh agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) secara sebulat suara menyarankan agar vaksin COVID-19 dari Moderna dan Pfizer diberi kepada kanak-kanak lebih muda daripada lima tahun.

Kebenaran rasmi dijangka diberi minggu depan.

Pakar-pakar menyatakan, faedah memberikan vaksin tersebut melebihi risikonya.

Ini kerana lonjakan kes kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat gelombang varian Omicron dianggap membimbangkan.

Kadar kematian dan masuk hospital dalam kumpulan usia tersebut juga lebih tinggi berbanding kanak-kanak lebih lima tahun.

Ketua vaksin FDA menekankan walaupun kanak-kanak yang maut tidak sebanyak orang dewasa, penting untuk kanak-kanak divaksin.

Anak-anak kecil sehingga empat tahun adalah kumpulan terakhir di Amerika Syarikat (AS) yang tidak diberi suntikan vaksin COVID-19.

Pegawai AS sebelum ini berkata, mereka merancang memulakan kempen vaksinasi bagi kumpulan ini pada Selasa (21 Jun), jika FDA memberi lampu hijau.

Sumber : Reuters/DY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa