Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

FDA AS akan luluskan dos perangsang berbeza daripada 2 dos pertama

FDA merancang untuk membolehkan rakyat negara itu mendapatkan suntikan dos perangsang daripada vaksin COVID-19 yang berbeza daripada yang diambil sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
FDA AS akan luluskan dos perangsang berbeza daripada 2 dos pertama

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Oct 2021 08:45AM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 08:47AM

AMERIKA SYARIKAT: Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) merancang untuk membolehkan rakyat negara itu mendapatkan suntikan dos perangsang daripada vaksin COVID-19 yang berbeza daripada yang diambil sebelumnya.

Ini menurut laporan New York Times pada Isnin (18 Okt).

FDA pada September meluluskan dos perangsang vaksin Pfizer dan rakan kongsinya BioNTech bagi mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas dan juga beberapa rakyat Amerika yag berisiko tinggi.

Panel penasihat FDA itu turut menyokong penggunaan dos perangsang vaksin Moderna dan Johnson & Johnson.

Pemerintah bagaimanapun enggan menyarankan supaya mengambil suntikan ketiga daripada syarikat berbeza dan ia mungkin menyatakan bahawa mengambil vaksin yang sama bagi dos perangsang menjadi pilihan, menurut laporan NYT, memetik para individu yang berpengetahuan tentang rancangan agensi itu.

FDA bagaimanapun enggan memberikan komen.

Para pegawai kesihatan Amerika Syarikat semakin tertekan untuk meluluskan dos-dos tambahan itu selepas Rumah Putih mengumumkan rancangan pada Ogos lalu untuk mengadakan kempen meluas bagi dos perangsang, sekalipun ia masih menunggu kelulusan FDA dan Pusat-Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Satu kajian oleh Institut Kesihatan Nasional pada minggu lalu menunjukkan bahawa mereka yang mendapatkan vaksin Johnson & Johnson sebagai dos pertama mempunyai respons daya imun yang lebih kuat apabila disuntik dos perangsang daripada Pfizer dan Moderna.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan