Skip to main content

Dunia

FBI tahan remaja 18 tahun disyaki rancang tembakan rambang di pusat beli-belah Amerika

Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat menahan seorang lelaki berusia 18 tahun yang disyaki merancang serangan tembakan rambang di pusat beli-belah Mall of America, dekat Minneapolis, Minnesota, atas nama kumpulan pengganas ISIS.

Anggaran Waktu Membaca:
FBI tahan remaja 18 tahun disyaki rancang tembakan rambang di pusat beli-belah Amerika

Sebuah bas pelancong melalui ibu pejabat Biro Siasatan Federal (FBI) di Washington, Amerika Syarikat, pada 3 Februari 2025. (Gambar fail: REUTERS/Kevin Lamarque)

Diterbitkan : 08 Oct 2026 09:25AM
FBI arrests 18-year-old suspected of planning a mass shooting at an American shopping mall
  • The FBI arrested Sheikhdoon Abdullahi Mohamud, 18, on Oct 6 after an undercover agent sold him an AK-47, ammunition and magazines.
  • Court documents said he was accused of planning a mass shooting at the Mall of America near Minneapolis on Oct 24 in the name of ISIS.
  • The suspect was alleged to have wanted to kill 30 to 60 people during the Hmong Arts Celebration, targeting non-Muslims and believing the mall owner was of Jewish descent.
  • The documents also said he had previously wanted to join al-Shabaab, and later ISIS, while his lawyer has not responded.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat menahan seorang lelaki berusia 18 tahun yang disyaki merancang serangan tembakan rambang di pusat beli-belah Mall of America, dekat Minneapolis, Minnesota, atas nama kumpulan pengganas ISIS.

Menurut dokumen mahkamah, suspek, Sheikhdoon Abdullahi Mohamud, ditahan pada Selasa (6 Okt) selepas seorang ejen FBI yang menyamar menjual sepucuk senapang AK-47, peluru dan kelopak peluru kepadanya dengan harga AS$600 (S$780).

Mohamud didakwa memberitahu seorang pemberi maklumat FBI bahawa beliau mahu menggunakan senjata tersebut untuk membunuh 30 hingga 60 orang semasa satu acara di pusat beli-belah itu pada 24 Oktober.

Dia didakwa atas satu pertuduhan menerima senjata api dan peluru dengan mengetahui bahawa ia akan digunakan untuk melakukan tindakan pengganasan.

Peguamnya belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas.

SUSPEK DIDAKWA BERHASRAT SERTAI KUMPULAN PENGGANAS

Menurut dokumen aduan mahkamah, Mohamud sebelum ini memberitahu seorang sumber FBI menerusi beberapa platform pemesejan bahawa beliau mahu pergi ke luar negara untuk menyertai pertempuran bersama kumpulan al-Shabaab, yang ditetapkan Amerika Syarikat sebagai satu pertubuhan pengganas asing.

Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, dia didakwa merancang untuk melancarkan serangan tembakan rambang di Amerika Syarikat.

Mohamud kemudian meluahkan hasrat untuk menyertai kumpulan ISIS.

Dia juga didakwa menyuarakan sokongan terhadap lelaki yang merempuh orang ramai menggunakan sebuah trak di New Orleans pada 1 Januari 2025, menyebabkan 14 orang maut.

Penyerang tersebut kemudian ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.

ACARA KEBUDAYAAN DIDAKWA JADI SASARAN

Pada Julai lalu, Mohamud didakwa meluahkan hasrat membunuh 30 hingga 60 orang di Mall of America kerana mempercayai pemilik pusat beli-belah itu berketurunan Yahudi.

Dia juga didakwa menyatakan mahu membunuh individu bukan Islam.

Menurut dokumen mahkamah, suspek memilih 24 Oktober sebagai tarikh serangan kerana acara kebudayaan Hmong Arts Celebration dijadualkan berlangsung di pusat beli-belah tersebut pada hari berkenaan.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita