FBI kenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20 tahun, sebagai suspek cuba bunuh Donald Trump
Calon Presiden Donald Trump dilihat dengan darah mengalir pada wajahnya, sedang ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia membawanya turun dari pentas di Pennsylvania pada 13 Jun 2024. (Gambar: Rebecca Droke/AFP)
"FBI telah mengenalpasti Thomas Matthew Crooks, 20, dari Bethel Park, Pennsylvania sebagai individu yang terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump pada 13 Julai, di Butler, Pennsylvania.
"Ini kekal sebagai siasatan yang aktif dan berterusan," menurut FBI dalam kenyataan pada Ahad (14 Julai).
Sebelum ini, FBI berkata mereka masih berusaha untuk mencari motif di sebalik cubaan pembunuhan itu.
Encik Trump berkata peluru yang dilepaskan oleh penyerang menembusi bahagian atas telinga kanannya, tetapi beliau selamat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.