FBI geledah rumah selepas 2 Pengawal Negara ditembak dekat Rumah Putih
FBI menggeledah beberapa rumah di Washington dan San Diego pada Khamis (27 Nov) dalam apa yang menurut pegawai adalah siasatan pengganasan terhadap seorang warga Afghanistan yang disyaki menembak dua anggota Pengawal Negara, yang masih berada dalam keadaan kritikal.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: FBI menggeledah beberapa rumah di Washington dan San Diego pada Khamis (27 Nov) dalam apa yang menurut pegawai adalah siasatan pengganasan terhadap seorang warga Afghanistan yang disyaki menembak dua anggota Pengawal Negara, yang masih berada dalam keadaan kritikal.
Penyiasat merampas banyak peranti elektronik dari rumah suspek di Washington, termasuk telefon bimbit, komputer riba, dan iPad, dan menyoal saudara-mara suspek, kata Pengarah FBI Kash Patel dalam sidang media di Washington DC.
Peguam Amerika Syarikat bagi Washington DC, Jeanine Pirro, mengenal pasti dua anggota Pengawal yang cedera sebagai Sarah Beckstrom, 20 tahun, dan Andrew Wolfe, 24 tahun.
Cik Pirro berkata suspek menyerang anggota Pengawal itu secara hendap ketika mereka meronda berhampiran Rumah Putih pada Rabu petang. Bersenjatakan revolver berkuasa, .357 Magnum, dia menembak seorang anggota yang rebah dan kemudian menembak lagi sebelum melepaskan tembakan beberapa kali ke arah anggota kedua.
Peguam Negara Pam Bondi memberitahu Fox News bahawa pemerintah Amerika Syarikat merancang untuk mendakwa lelaki bersenjata itu atas pertuduhan pengganasan dan mendapatkan "sekurang-kurangnya" hukuman penjara seumur hidup.
Cik Pirro berkata lelaki bersenjata itu berdepan tiga pertuduhan serangan dengan niat membunuh semasa bersenjata dan satu pertuduhan memiliki senjata api semasa jenayah keganasan.
Dia boleh didakwa atas kesalahan pembunuhan tahap pertama sekiranya salah seorang anggota Pengawal itu tidak dapat diselamatkan, katanya.
Bapa Cik Beckstrom, salah seorang anggota yang cedera, memberitahu The New York Times bahawa anak perempuannya berkemungkinan tidak akan bertahan. "Saya sedang memegang tangannya sekarang," kata Gary Beckstrom kepada akhbar itu.
Encik Patel menyifatkan tembakan itu sebagai "tindakan keganasan yang keji," tetapi beliau mahupun Cik Pirro tidak menyatakan apakah mungkin motif serangan tersebut.
LATAR BELAKANG SUSPEK
Suspek dikenal pasti oleh pihak berkuasa sebagai Rahmanullah Lakanwal, 29 tahun, yang tinggal di Washington bersama isteri dan lima anaknya.
"Dia memandu kenderaannya merentasi negara dari Washington dengan niat untuk datang ke ibu negara kita," kata Cik Pirro.
Lakanwal, yang cedera dalam insiden berbalas tembakan sebelum ditangkap, pernah terlibat dengan pasukan rakan Amerika Syarikat semasa perang di Afghanistan, kata Encik Patel.
Pengarah CIA John Ratcliffe berkata Lakanwal pernah bekerja dengan unit tempatan yang disokong CIA di Afghanistan.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), Lakanwal memasuki Amerika Syarikat pada tahun 2021 di bawah Operasi Allies Welcome, program era Encik Biden untuk menempatkan semula ribuan warga Afghanistan yang membantu Amerika Syarikat semasa perang Afghanistan dan takut akan tindakan balas daripada tentera Taliban.
DHS menyatakan pentadbiran Encik Trump akan menyemak semula semua kes suaka yang diluluskan semasa jawatan presiden Joe Biden.
Cik Pirro dan Encik Patel menyalahkan pentadbiran Encik Biden kerana tidak menyaring Lakanwal dengan betul, walaupun mereka tidak menawarkan bukti untuk menyokong dakwaan ini.
Seorang pegawai pentadbiran Encik Trump yang bercakap tanpa nama berkata Lakanwal memohon suaka pada Disember 2024 dan diluluskan pada 23 April tahun ini, tiga bulan selepas Encik Trump mengambil alih jawatan. Lakanwal, yang menetap di Washington, tidak mempunyai rekod jenayah yang diketahui, kata pegawai itu.
Naib Presiden JD Vance mempertahankan dasar imigresen Encik Trump, dengan mengatakan insiden tembakan itu membuktikan dasar pentadbiran adalah wajar.

Sumber : Reuters/NK/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.