Skip to main content

Dunia

FBI buka siasatan hak sivil terhadap insiden tembakan Alex Pretti di Minneapolis

Anggaran Waktu Membaca:
FBI buka siasatan hak sivil terhadap insiden tembakan Alex Pretti di Minneapolis
Tanda peringatan untuk Alex Pretti, seorang jururawat ICU yang ditembak mati oleh ejen imigresen persekutuan yang cuba menahannya di Minneapolis, Minnesota, di Kampus VA Margaret Cochran Corbin di New York City pada 29 Januari 2026. (Gambar: REUTERS)
Diterbitkan : 31 Jan 2026 02:31PM
  • Jabatan Keadilan Amerika Syarikat melancarkan siasatan hak sivil terhadap kematian Alex Pretti yang ditembak oleh pegawai imigresen persekutuan di Minneapolis.
  • Siasatan ini melibatkan FBI dan Divisyen Hak Sivil, dengan kemungkinan tuduhan jenayah terhadap pegawai terlibat jika terdapat bukti kukuh.
  • Kejadian tembakan mencetuskan kemarahan awam dan mendorong pentadbiran Encik Trump mengurangkan tindakan keras imigresen di Minnesota.
  • Bukti video menunjukkan Pretti ditembak ketika memegang telefon bimbit, dan siasatan turut dijalankan oleh DHS serta pihak tempatan.
Dijana oleh AI

WASHINGTON: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat melancarkan siasatan hak sivil terhadap kejadian Alex Pretti yang ditembak mati oleh seorang pegawai imigresen persekutuan di Minneapolis, kata seorang pegawai kanan pada Jumaat (30 Jan).

Siasatan jabatan itu berpotensi membawa kepada tuduhan jenayah terhadap pegawai yang terlibat, walaupun terdapat larangan undang-undang bagi kes sedemikian.

Timbalan Peguam Negara Todd Blanche berkata FBI sedang menyiasat kejadian tembakan pada Sabtu dengan bantuan Divisyen Hak Sivil jabatan itu, yang biasanya memainkan peranan utama dalam siasatan penggunaan kekerasan oleh penguatkuasaan undang-undang. 

Beliau memberi amaran bahawa semakan itu masih awal dan beliau mengecilkan skopnya.

Penembakan Pretti oleh ejen imigresen mencetuskan kemarahan yang meluas dan mendorong pentadbiran Encik Trump untuk mengurangkan tindakan keras imigresennya di Minnesota. 

Pegawai tempatan berkata pentadbiran itu tidak boleh dipercayai dan sedang menjalankan siasatannya sendiri.

Hasil siasatan awal oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika mendapati Pretti, 37 tahun, ditembak oleh dua pegawai persekutuan, seorang ejen Pengawal Sempadan dan seorang pegawai kastam. 

Pretti merupakan penunjuk perasaan kedua yang ditembak dan dibunuh oleh ejen persekutuan di Minneapolis bulan ini.

Video tembakan itu yang disahkan oleh Reuters menunjukkan Pretti memegang telefon bimbit ketika beliau dibelasah oleh ejen-ejen terbabit. 

Bukti video juga menunjukkan bahawa seorang pegawai mengeluarkan pistol pada tubuh Pretti sejurus sebelum tembakan pertama dilepaskan.

Kenyataan Blanche itu dikeluarkan beberapa hari menyusuli keadaan yang tidak pasti mengenai sifat pelibatan DOJ dalam siasatan tersebut.

Seorang pegawai Jabatan Keadilan memberitahu Reuters awal minggu ini bahawa siasatan hak sivil jenayah hanya akan bermula jika ada bukti. 

Seorang pegawai DHS berkata dalam kenyataan mahkamah menyusuli kejadian tembakan itu bahawa DHS adalah entiti penyiasatan utama.

Jabatan itu setakat ini belum membuka siasatan hak sivil jenayah terhadap kejadian tembakan maut Renee Good, 37 tahun, oleh seorang pegawai Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam awal bulan ini. 

Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita