Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fahmi Fadzil nafi berbilion ringgit wang royalti untuk Kelantan, Terengganu masuk ke akaun PKR

Anggaran Waktu Membaca:
Fahmi Fadzil nafi berbilion ringgit wang royalti untuk Kelantan, Terengganu masuk ke akaun PKR

Fahmi Fadzil. (Gambar: Fahmi Fadzil/ Facebook)

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil menafikan dakwaan kononnya berbilion ringgit wang royalti untuk Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke dalam akaun parti itu.

Beliau berkata akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.

"Ada individu muat naik posting (catatan) palsu dan fitnah yang amat jijik. KEADILAN menerbitkan akaun setiap kali Kongres diadakan, dan akaun berkenaan diaudit juruaudit bertauliah.

"Tidak pernah ada jumlah seperti yang dituduh itu masuk ke dalam akaun KEADILAN," katanya menerusi catatan dalam Facebook pada Sabtu (13 Apr).

Encik Fahmi yang juga Menteri Komunikasi Malaysia berkata beliau telah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat segera terhadap individu yang menyebarkan dakwaan terbabit.

Dakwaan itu dibuat oleh individu bernama Sabrizan Salleh yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) pada Jumaat (12 Apr).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan