Fahmi Fadzil kesal Pemuda PN buat aduan polis terhadap Kerajaan Perpaduan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi Berita
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil melahirkan rasa kesal terhadap aduan polis yang dibuat oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN) berhubung Perjanjian Persefahaman Kerjasama antara pemimpin parti-parti dalam kerajaan.
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan tidak menghormati keputusan Majlis Raja-Raja kerana mendakwa perjanjian yang diusahakan oleh Kerajaan Perpaduan sebagai satu 'pakatan jahat.'
"Kita kena ingat Kerajaan Perpaduan ini ditubuhkan atas nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"PAS dalam kerajaan sebelum ini pun pernah tunjuk sikap derhaka kepada Tuanku... jadi saya lihat memang Pemuda PN ini saya rasa terbawa-bawa dengan amalan dari dulu," katanya kepada Bernama pada Program Jom Tonton Perlawanan Akhir Piala Dunia 2022 di Kompleks Sukan Ecopark, Pantai Dalam di Kuala Lumpur pada Ahad (18 Dis).
Ketua Penerangan PKR itu juga berkata Kerajaan Perpaduan yang dibentuk bukanlah untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan sebaliknya bagi menjamin kestabilan, menyelesaikan masalah rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.
"Dari awal Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) telah menghulurkan salam persahabatan menjemput PN bersama-sama dalam (membentuk) kerajaan, memandangkan mereka masih enggan maka berkhidmatlah sebagai pembangkang dan setia kepada Tuanku.
"Saya rasa mereka perlu nilai balik perkara ini, hentikanlah menanam bibit-bibit pertikaian dan janganlah biadap," katanya.
Awal dari itu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari membuat aduan polis berkenaan 'pakatan jahat' antara pemimpin parti-parti kerajaan berkaitan Perjanjian Persefahaman Kerjasama yang didakwa merosakkan dan memudaratkan demokrasi.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.