Fadillah Yusof umum semua parti sokong PM Anwar Ibrahim meterai perjanjian esok
Anggaran Waktu Membaca:
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof. (Gambar: Agensi berita)
PUTRAJAYA: Semua parti politik yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan memeterai perjanjian berhubung kerjasama dalam kerajaan pada Jumaat (16 Dis).
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang mengesahkan perkara tersebut berkata, semua ketua parti akan menandatangani perjanjian berkenaan.
Beliau, bagaimanapun, tidak menjelaskan apakah isi kandungan perjanjian kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.
“Esok akan ada upacara menandatangani satu perjanjian antara semua parti-parti yang bersetuju untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan."
“Di situ nanti (wartawan) boleh bertanya nanti apakah kandungan perjanjian tersebut. Apakah fokusnya."
“Salah satu keutamaan kita adalah berhubung kait dengan kos sara hidup,” katanya kepada para wartawan selepas merasmikan Konvokesyen Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) pada Khamis (15 Dis).
Menurut Encik Fadillah lagi, pertemuan itu akan diatur oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan akan hanya diwakili ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perpaduan, lapor agensi berita Astro Awani.
Malah, beliau akan turut menghadiri satu mesyuarat yang akan diadakan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum majlis tersebut diadakan.
“Pertemuan dengan kesemua ketua parti sudah berbincang malah saya akan balik untuk adakan mesyuarat di peringkat GPS,” katanya, menurut agensi berita Astro Awani.
Dalam pada itu, Encik Fadillah berkata, pemotongan gaji hanya diputuskan kepada menteri sahaja dan belum lagi merangkumi pemotongan bagi timbalan menteri.
“Setakat ini diputuskan hanya menteri. Saya tidak pasti sama ada merangkumi timbalan menteri,” katanya lagi.
Pada mesyuarat Jemaah Menteri pertama yang diadakan pada 5 Disember lalu, semua jemaah bersetuju memotong gaji bulanan mereka sebanyak 20 peratus.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.