Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook turunkan lebih 400 laman dengan pautan tersembunyi kepada tentera Myanmar

Syarikat gergasi media sosial Facebook menarik keluar lebih 400 laman dengan pautan tersembunyi kepada tentera Myanmar. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Dec 2018 07:41PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 09:21PM

AMERIKA SYARIKAT: Syarikat gergasi media sosial Facebook menarik keluar lebih 400 laman dengan pautan tersembunyi kepada tentera Myanmar.

Ini merupakan kali ketiga Facebook menurunkan halaman dan akaun di Myanmar, berhubung kandungan yang disifatkan sebagai "tingkah laku tidak diterima yang diselaraskan".

Sebanyak 15 akaun Instagram juga dikeluarkan.

Antaranya termasuk satu halaman yang mempunyai 2.5 juta pengikut yang menyamar sebagai berita bebas, hiburan, kecantikan dan halaman gaya hidup.

Namun hakikatnya, ia mempunyai pautan ke tentera atau halaman yang diturunkan sebelum ini.

Facebook menyatakan ia tidak mahu sesiapa pun atau pertubuhan manapun menubuhkan akaun bagi memperdaya orang ramai.

Syarikat media sosial itu sedang berusaha untuk meningkatkan reputasinya, seperti mempercepatkan masa untuk bertindak bagi ucapan yang mencetuskan kebencian.

Ia juga berikrar untuk menambah jumlah kakitangan yang faham bahasa Myanmar kepada 100 menjelang akhir tahun ini. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan