Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook siasat pendedahan data 267 juta pengguna

Facebook sedang menyiasat satu laporan yang menyatakan bahawa pangkalan data yang mengandungi nama dan nombor telefon milik hampir 270 juta pengguna telah didedahkan secara online. 

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook siasat pendedahan data 267 juta pengguna

(Gambar: Reuters/Johanna Geron)

Diterbitkan : 20 Dec 2019 11:53AM Dikemas Kini : 20 Dec 2019 11:56AM

SAN FRANCISCO: Facebook sedang menyiasat satu laporan yang menyatakan bahawa pangkalan data yang mengandungi nama dan nombor telefon milik hampir 270 juta pengguna telah didedahkan secara online.

Menurut satu catatan blog di laman Comparitech, pangkalan data itu dapat dimuat turun pada minggu lalu di sebuah forum penggodaman online dipercayai milik sebuah kumpulan jenayah.

Pangkalan data itu bagaimanapun tidak lagi dapat dimuat turun semalam.

Insiden pembocoran data itu terbongkar sedang rangkaian media sosial itu berusaha untuk membangunkan semula keyakinan dan menangani keprihatinan mengenai perlindungan maklumat para pengguna.

Awal bulan ini, pihak pengawal selia Amerika Syarikat menyatakan bahawa syarikat runding cara, Cambridge Analytica, telah memperdaya para pengguna Facebook mengenai bagaimana ia mengumpul dan menguruskan maklumat peribadi mereka.

Cambridge Analytica, yang berpangkalan di Britain, terbabit dalam skandal besar-besaran pencabulan data Facebook. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan