Skip to main content

Dunia

Facebook perbetul peta yang gambarkan wilayah Vietnam sebagai wilayah China

Facebook memperbetul kesilapan peta berhubung kepulauan Hoang Sa (Paracel) dan Truong Sa (Spratly)

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook perbetul peta yang gambarkan wilayah Vietnam sebagai wilayah China

(Gambar: REUTERS/Regis Duvignau/Files)

Diterbitkan : 03 Jul 2018 11:28PM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 11:30PM

HANOI: Facebook membetulkan peta yang menggambarkan kepulauan Hoang Sa (Paracel) dan Truong Sa (Spratly) sebagai wilayah China. Ini selepas Vietnam mengemukakan aduan mengenai kesilapan itu kelmarin.

Menurut Timbalan Ketua Penyiaran dan Pihak Berkuasa Maklumat Elektronik, Le Quang Tu Do, kerajaan Vietnam membuat aduan itu selepas mendapati pulau-pulau itu ditandakan sebagai wilayah China di laman Facebook.

Facebook menyatakan bahawa kesilapan itu disedari dan ia berlaku disebabkan penggunaan peta rujukan geografi yang "salah".  

Sehingga semalam, kedua-dua pulau itu tidak lagi ditandakan di sebagai wilayah China.

Vietnam berulang kali menegaskan bahawa negaranya mempunyai bukti dari sudut undang-undang dan sejarah yang mengesahkan kedaulatannya terhadap kepulauan berkenaan serta hak sah ke atas perairannya selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982.

Sumber : Bernama/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita