Skip to main content

Dunia

Facebook, Instagram dilanda gangguan global

Para pengguna Facebook dan Instagram di seluruh dunia melaporkan masalah untuk mengakses platform-platform tersebut pada Jumaat (12 Jun), menurut laman-laman pemantauan gangguan serta aduan yang dikongsi di platform media sosial pesaing.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook, Instagram dilanda gangguan global

Aplikasi Facebook, Facebook Messenger dan Instagram dipaparkan pada skrin sebuah telefon bijak. (Gambar fail: AP/Jenny Kane)

Diterbitkan : 12 Jun 2026 10:45PM
SINGAPURA: Para pengguna Facebook dan Instagram di seluruh dunia melaporkan masalah untuk mengakses platform-platform tersebut pada Jumaat (12 Jun), menurut laman-laman pemantauan gangguan serta aduan yang dikongsi di platform media sosial pesaing.

Di Singapura, laporan mengenai Facebook melonjak di Downdetector, yang mengumpulkan laporan status daripada pelbagai sumber, sekitar pukul 9.00 malam pada Jumaat (12 Jun).

Facebook Messenger, selain aplikasi utama dan laman web Facebook, turut dilaporkan terjejas. Mesej ralat yang menyatakan bahawa "sesuatu telah berlaku" dan Facebook sedang "berusaha untuk membaikinya" dipaparkan kepada para pengguna.

Menurut laman pemantauan gangguan StatusGator, para pengguna di Filipina, India, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan masalah melibatkan pelbagai aplikasi milik Meta.

Gangguan tersebut melanjutkan siri gangguan berkala yang menjejaskan aplikasi-aplikasi di bawah kelolaan Meta sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk Facebook dan Instagram.

Dalam gangguan besar yang berlaku pada Mac 2026, para pengguna Facebook dan Instagram di beberapa negara melaporkan bahawa mereka tidak dapat memuat naik catatan atau mengakses akaun mereka selama beberapa jam, manakala satu lagi gangguan berasingan pada awal bulan yang sama, turut menjejas ribuan pengguna di seluruh dunia.

Meta belum mengeluarkan penjelasan terperinci berhubung gangguan yang berlaku pada Jumaat (12 Jun).
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita