Skip to main content

Dunia

Facebook haramkan kumpulan berhaluan kanan United Kingdom

Gergasi media sosial Facebook mengharamkan beberapa kumpulan Britain berhaluan kanan termasuk English Defence League daripada rangkaiannya kerana mempromosikan kebencian dan keganasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook haramkan kumpulan berhaluan kanan United Kingdom

(Gambar: Dado Ruvic/Reuters)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 12:05AM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 12:12AM

LONDON: Gergasi media sosial Facebook mengharamkan beberapa kumpulan Britain berhaluan kanan termasuk English Defence League daripada rangkaiannya kerana mempromosikan kebencian dan keganasan.

Kumpulan-kumpulan lain pula dikeluarkan daripada Facebook atau Instagram termasuk Knights Templar International, Britain First, the British National Party (BNP) dan National Front.

Syarikat teknologi tersebut mengharamkan kumpulan-kumpulan berkenaan kerana melanggar dasarnya yang tidak membenarkan "aktiviti pengganas, kebencian terancang, pembunuhan beramai-ramai atau bersiri, pemerdagangan manusia mahupun keganasan teratur atau aktiviti jenayah".

"Individu atau pertubuhan yang menyebarkan kebencian atau menyerang mahupun menggesa supaya orang lain dipulaukan atas dasar lata belakang mereka tidak akan diterima Facebook," kata seorang jurucakap syarikat media sosial itu.

"Kami mengharamkan mereka yang mengisytiharkan misi kejam atau berunsur kebencian mahupun mereka yang terjebak dalam perbuatan-perbuatan kebencian atau keganasan.

"Catatan ataupun kandungan lain yang menyatakan pujian mahupun sokongan bagi individu atau kumpulan sedemikian juga akan diharamkan."

Bekas Parti Nasional Britain (BNP) Nick Griffin serta para pemimpin Britain First Paul Golding dan Jayda Fransen sudahpun diharamkan dalam tindakan keras oleh Facebook itu.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita